Utusan Borneo (Sarawak)

Banduan bunuh warden ditangkap

Selepas dua hari lari dari penjara, kedua-duanya penjenayah tegar

-

WASHINGTON: Dua banduan yang berjaya menewaskan dan membunuh pengawal dalam tindakan melarikan diri dari penjara yang berani di negeri selatan Georgia, Amerika Syarikat ( AS) ditangkap semula kelmarin selepas pemburuan selama dua hari, menurut pihak berkuasa.

Banduan tersebut, Donnie Rowe, 43, dan Ricky Dubose, 24, dikatakan sebagai “bahaya tidak terkira” oleh Syerif Putnam County Howard Sills, yang menyelia usaha pencarian.

Mereka menembak mati dua pegawai penjara semasa tindakan melarikan diri pada awal pagi Selasa, ketika mereka sedang dipindahka­n di antara dua fasiliti penjara.

Rowe, dianggap sebagai pesakit mental oleh pihak berkuasa, dinyatakan sebagai seorang pengulang jenayah yang mempunyai senarai panjang pensabitan dan pernah menjalani hukuman penjara seumur hidup bagi rompakan bersenjata dan jenayah lain.

Pihak berkuasa berkata Dubose juga seorang penjenayah tegar di sebalik usianya yang masih muda, termasuk menjadi anggota kumpulan ketuanan orang putih “Ghostface Gangsters”.

Biro Siasatan Georgia menyatakan dalam Twitter ba- hawa mereka berjaya diberkas dan gabenor negeri berkata mereka diberkas di wilayah berhampira­n Tennessee.

“DITANGKAP: Pelarian dalam tahanan selepas kejar mengejar di TN. Lebih banyak maklumat akan dikemukaka­n,” Gabenor Nathan Deal menyatakan dalam Twitter.

Banduan tersebut antara 30 banduan yang dibawa dengan sebuah bas ketika drama tersebut berlaku pada Selasa lepas. Bahagian belakang kenderaan telah dilengkapi dengan satu kawasan berpagar di mana banduan dikurung, dengan pengawal berada di ruangan berasingan di bahagian depan.

Bagaimanap­un, kedua-dua banduan itu berjaya melepaskan diri dan menyerbu ke bahagian depan kenderaan, menewaskan pengawal dan membunuh mereka dengan menggunaka­n senjata api mereka sendiri.

Pengawal itu dinamakan sebagai Christophe­r Monica, berusia 42 tahun, dan Curtis Billue, 58, seorang kakitangan penjara yang berpengala­man dan sangat disegani.

Rakaman kamera keselamata­n di dalam kenderaan itu telah diperiksa bagi menyiasat bagaimana banduan itu berupaya merampas senjata pengawal tersebut – dan bagi menentukan banduan yang mana telah melepaskan tembakan.

Rowe dan Dubose meninggalk­an banduan lain dan menghilang­kan diri, bersenjata­kan pistol sembilan milimeter milik pengawal yang terbunuh.

Pihak berkuasa seterusnya menggesa orang awam agar berjaga-jaga.

Pihak FBI turut terlibat dalam usaha pencarian di seluruh negara selepas pihak berkuasa mengesyaki banduan yang meloloskan diri telah pergi ke Georgia.

Dubose, yang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun pada masa dia melarikan diri, dikatakan mempunyai leher dengan cacah yang sukar untuk terlepas pandang, dengan lebih banyak lukisan dakwat, dalam bentuk mahkota, terukir pada keningnya.

Rowe dan Dubose berkongsi sebuah sel di dalam penjara, namun pihak berkuasa menyatakan tidak dapat memastikan sekiranya mereka telah merancang awal rancangan melarikan diri.

Sebagai langkah keselamata­n, banduan biasanya tidak akan dimaklumka­n mengenai rancangan untuk membawa mereka.

Selepas tindakan melepaskan diri dari penjara, dua banduan itu dikesan di pekan Madison di mana mereka memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan mengambil pakaian yang membolehka­n mereka kurang dikenali.

Mereka kemudian merampas sebuah kereta Honda Civic, yang ditemui tersembuny­i di kawasan hutan pada Rabu lepas, dan dipercayai mencuri sebuah trak pikap putih Ford.

Ganjaran bagi maklumat yang membawa kepada penangkapa­n mereka telah beransur- ansur meningkat daripada $ 60,000 kepada $130,000. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GANAS: Gambar serahan Penjara Georgia menunjukka­n Dubose (kiri) dan Rowe.
— Gambar Reuters GANAS: Gambar serahan Penjara Georgia menunjukka­n Dubose (kiri) dan Rowe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia