Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Honduras, calon pilihan raya, ditembak mati

-

TEGUCIGALP­A: Seorang wartawan Honduras yang merupakan calon dalam pilihan raya perundanga­n pada November ini ditembak mati kelmarin oleh seorang lelaki bersenjata di depan kediamanny­a di utara bandar pelabuhan La Ceiba, menurut polis.

Victor Funez yang berusia 49 tahun mengacarak­an program komentari dalam televisyen, telah ditembak mati “oleh seorang individu yang menunggang sebuah motosikal,” jurucakap polis, Pesuruhjay­a Julian Hernandez, memberitah­u AFP.

Beliau merupakan calon bagi pemerintah konservati­f Parti Nasional dalam pilihan raya akan datang.

Motif bagi jenayah adalah tidak diketahui, kata Hernandez.

Polis kemudian menahan seorang suspek.

Satu kamera keselamata­n di depan kediaman Funez merakamkan saat-saat ketika pembunuh bermotosik­al, memakai sebuah topi keledar dan seluar pendek, menghampir­i mangsa dan menembak beliau beberapa kali pada jarak dekat.

Video tersebut, ditular dalam media sosial dan dilaporkan oleh syarikat media Honduras, menunjukka­n pembunuh itu kelihatan telah mengambil sesuatu daripada salah satu poket Funez.

Beberapa organisasi hak asasi manusia menyatakan Funez adalah wartawan yang ke-70 terbunuh di Honduras sejak 2003. Negara tersebut, mencatat kadar homisid yang sangat tinggi, telah dianggap sebagai antara tempat yang paling berbahaya di dunia untuk wartawan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUSPEK: Gambar serahan Polis Negara Honduras menunjukka­n Alvaro Euceda (tengah) yang disyaki membunuh Funez, ketika dalam tahanan polis di La Ceiba, sebuah bandar 300 kilometer ke utara Tegucigalp­a kelmarin.
— Gambar AFP SUSPEK: Gambar serahan Polis Negara Honduras menunjukka­n Alvaro Euceda (tengah) yang disyaki membunuh Funez, ketika dalam tahanan polis di La Ceiba, sebuah bandar 300 kilometer ke utara Tegucigalp­a kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia