Utusan Borneo (Sarawak)

Pelarian Syria antara mangsa kebakaran apartmen di London

-

LONDON: Penganjur kempen rakyat Syria kelmarin menamakan salah seorang daripada mangsa kejadian kebakaran blok apartmen di barat London sebagai Mohammed Alhajali, seorang pelarian berusia 23 tahun yang tinggal di tingkat 14 di menara tersebut.

Alhajali datang ke Britain bersama dengan abangnya pada 2014 dan merupakan seorang pelajar kejurutera­an sivil di West London University, menurut Syria Solidarity Campaign.

“Impian beliau adalah untuk pulang ke kampung halamannya satu hari nanti dan membina semula Syria,” kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan.

Seorang jurucakap bagi kumpulan itu memberitah­u AFP bahawa identiti Alhajali telah disahkan kepada keluarga oleh pihak polis.

“Kami berasa terkejut dan sedih apabila mengetahui tentang kematian pelajar kami,” pihak universiti menyatakan dalam satu kenyataan.

Beliau berada di dalam fletnya bersama dengan abangnya Omar ketika kebakaran mula berlaku namun kedua-dua mereka terpisah ketika cuba menyelamat­kan diri dan hanya Omar yang terselamat.

Beliau telah menerima rawatan di hospital, menurut kumpulan tersebut.

“Mohammed telah melakukan perjalanan yang berbahaya untuk meninggalk­an peperangan dan kematian di Syria, hanya untuk menemuinya di sini di UK, di dalam rumahnya sendiri. Mohammed datang ke negara ini untuk keselamata­n dan UK gagal untuk melindungi beliau,” kumpulan kempen itu menyatakan dalam kenyataann­ya.

Kumpulan itu menyatakan Alhajali pada satu ketika menelefon seorang rakan di Syria selepas gagal untuk menghubung­i keluargany­a di negara itu.

“Mohammed mengucapka­n selamat tinggal kepada rakannya, menyatakan bahawa api telah menghampir­i beliau. Beliau kemudian meminta rakannya untuk menyampaik­an pesanan kepada keluargany­a,” menurut kenyataan tersebut.

Alhajali telah dijangka akan menghadiri satu mesyuarat komuniti pelarian di utara London pada Sabtu ini sebagai sebahagian daripada satu siri acara penghormat­an bagi MP JO Cox, seorang penyokong kuat bagi hak pelarian Syria yang dibunuh pada tahun lepas oleh seorang pengikut Nazi.

“Sebaliknya kami akan memberi penghormat­an kepada Mohammed dan semua mereka yang kehilangan nyawa mereka dalam kebakaran tragik pada Sabtu ini,” menurut kenyataan.

Satu laporan menyatakan abangnya, Omar, telah menerima rawatan di King’s College Hospital dan keadaannya semakin pulih. — AFP

 ??  ?? ALHAJALI
ALHAJALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia