Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa rempuhan pada 3 Jun di Turin meninggal dunia

-

ROM: Seorang wanita berada dalam koma selepas kejadian rempuhan di Turin, ketika penayangan perlawanan akhir Piala Juara-Juara pada 3 Jun, telah meninggal dunia, hospital di mana beliau menerima rawatan menyatakan semalam.

Pesakit, dikenali sebagai Erika, seorang wanita tempatan berusia 38 tahun yang datang untuk menyaksika­n perlawanan itu bersama dengan teman lelakinya, adalah antara lebih 1,500 yang tercedera dalam keadaan panik tersebut.

Terdapat kira-kira 30,000 orang di dataran San Carlo pada masa itu, yang berkumpul untuk menyaksika­n pasukan kegemaran tuan rumah Juventus menentang Real Madrid di bandar Cardiff di Welsh.

Kejadian rempuhan dikatakan berpunca daripada mercun yang diletupkan ketika perlawanan menghampir­i masa penamat.

Dua orang lagi mengalami kecederaan serius, termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun, yang juga berada dalam keadaan koma namun sekarang beransur pulih.

Sebahagian kecederaan berlaku selepas satu bahagian rel di sekitar pintu masuk ke kawasan letak kereta bawah tanah di bawah dataran itu roboh, menyebabka­n sebahagian daripada mereka tercedera akibat terjatuh dari ketinggian sehingga dua meter.

Erika telah dihimpit pada dinding, dan tekanan ke atas tulang rusuknya menyebabka­n serangan jantung yang membawa kepada kerosakan otak, menurut media.

Datuk bandar Turin, Chiara Appendino, menyebut dalam satu kenyataan Twitter bahawa “kata-kata adalah tidak memadai” untuk menyatakan tentang kematian, dan bahawa bandar akan mengawasi secara rasmi perkabunga­n pada hari pengebumia­n beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia