Utusan Borneo (Sarawak)

Projek mikro hidro bukan pembaziran dana k’jaan

Banyak rumah panjang yang sudah dapat manfaat, penduduk nikmati taraf hidup lebih baik

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak Datuk Joseph Salang Gandum membidas kritikan segelintir pihak yang mendakwa projek mikro hidro adalah satu pembaziran terhadap dana kerajaan.

Salang berkata, tuduhan tersebut tidak adil dan tidak berasas kerana projek berkenaan sangat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran.

Ujarnya, projek mikro hidro dilaksana di kawasan rumah panjang yang terletak jauh di pedalaman serta jauh dari grid negeri.

“Hasilnya telah terbukti apabila mereka (penduduk rumah panjang) menikmati taraf hidup yang lebih baik dengan bekalan kuasa yang tetap,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa melancarka­n Projek Mikro Hidro di Rumah Kedit di Sungai Buloh, Nanga Kemalih, Julau kelmarin.

Menurut Salang, dengan adanya projek itu ia juga membolehka­n setiap rumah menjimatka­n kos bahan api antara RM200 dan RM300 sebulan.

Salang yang juga Ahli Parlimen Julau menjelaska­n sehingga kini sebanyak enam projek sedemikian telah dilaksanak­an di kawasan itu dan rata-rata penduduk melahirkan perasaan yang gembira dan bersyukur.

Bercakap lanjut, Salang memberitah­u sumber dana Yayasan 1Malaysia adalah hasil sumbangan badan korporat yang juga sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Justeru, katanya, penduduk rumah panjang harus membentuk satu jawatankua­sa khas untuk menjaga sebaik mungkin projek mikro hidro berkenaan.

Menyentuh mengenai politik, Salang memberitah­u beliau tidak khuatir dengan penganjura­n program yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Roland Duat yang sering berlaku pada masa dan tempat yang sama.

“Roland masih baharu dan mungkin beliau mempunyai banyak dana untuk melaksanak­an projek-projek luar bandar.

“Tidak ada keperluan bagi kita untuk bersaing bagi menentukan siapa yang menyumbang lebih projek seperti yang telah saya lakukan sebelum ini di sini,” ujar beliau.

Jelasnya, adalah perkara normal bagi sesetengah pengundi yang lebih menyukai wakil rakyat ADUN mereka berbanding Ahli Parlimen dan begitu juga sebaliknya.

“Bagi saya adalah lebih baik sekiranya pengundi menyukai dan menyokong kedua-duanya (ADUN dan Ahli Parlimen) dan dengan cara ini mereka mendapat lebih banyak faedah kerana mereka boleh mendapat manfaat daripada keduadua projek iaitu daripada kerajaan negeri dan persekutua­n.

Terdahulu, Salang merasmikan projek jalan masuk ke Rumah Kedit yang mempunyai 15 pintu.

Hadir sama ialah sekumpulan pelawat dari Selangau yang diketuai oleh bekas ADUN Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh dan pemimpin masyarakat Penghulu Andrewson Ngalai.

Kehadiran kumpulan pelawat tersebut adalah untuk mempelajar­i selokbelok tentang projek mikro hidro.

Hasilnya telah terbukti apabila mereka (penduduk rumah panjang) menikmati taraf hidup yang lebih baik dengan bekalan kuasa yang tetap. Datuk Joseph Salang Gandum Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Salang (lima kanan) bersama kumpulan pelawat dari Selangau yang diketuai oleh Mauh (empat kanan) selepas melawat tapak mikro hidro Rumah Kedit, Nanga Kemalih, Julau kelmarin.
UNTUK ALBUM: Salang (lima kanan) bersama kumpulan pelawat dari Selangau yang diketuai oleh Mauh (empat kanan) selepas melawat tapak mikro hidro Rumah Kedit, Nanga Kemalih, Julau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia