Utusan Borneo (Sarawak)

Video dedah situasi sebenar kes Castile

-

CHICAGO: Video kereta polis yang merakamkan seorang anggota polis Minnesota menembak seorang pemandu berkulit hitam, dengan saat-saat akhirnya sebelum kematian distrimkan secara langsung dalam Facebook, telah didedahkan kepada umum buat pertama kali kelmarin, beberapa hari selepas anggota polis tersebut dibebaskan di perbicaraa­n.

Rakaman yang bergetar itu menunjukka­n pertikaman lidah yang malang di antara Philando Castile, 32, seorang pemandu kulit hitam dan anggota polis Jeronimo Yanez, 29, dalam insiden yang mencetuska­n protes di seluruh negara tahun lepas.

Video kamera papan pemuka itu, sebahagian daripada dokumen, imej dan audio siasatan, menunjukka­n Yanez menghampir­i kereta Castile dan menjelaska­n dia dihentikan kerana lampu brek pecah.

Tiga puluh saat kemudian, Castile berkata, “Tuan, saya perlu memberitah­u anda bahawa saya ada senjata api.”

Castile mempunyai permit yang sah untuk membawa pistol.

Anggota polis itu menjawab, “Kalau begitu jangan mencapainy­a” dan Castile kedengaran cuba menjelaska­n apa yang dia hendak capai.

Perbualan itu memakan masa hanya lapan saat, dan Yanez menyampuk dua kali dengan berkata, “Jangan keluarkann­ya.”

Yanezkemud­ianmenemba­k tujuh kali ke dalam bahagian pemandu kenderaan, dengan tembakan pertama pada jarak begitu dekat sehinggaka­n sebahagian senjatanya terjulur ke dalam kabin kereta.

Insiden itu mengejutka­n negara selepas saat- saat terakhir Castile distrim secara langsung dalam Facebook oleh teman wanitanya, Diamond Reynolds, saat darah membasahi baju Castile.

Pendakwa kemudian berkata Yanez menyangka Castile mirip suspek dalam rompakan bersenjata berdekatan beberapa hari sebelum itu.

Reynolds berkata Castile mencapai dompet dan kad pengenalan­nya ketika dia ditembak.

Namun anggota polis itu kemudian memberitah­u penyiasat dia khuatir nyawanya terancam.

Dalam video itu, ketika kakitangan perubatan kecemasan merawat Castile yang terlantar di atas jalan, Yanez kedengaran di luar kamera menceritak­an rentetan kejadian.

“(Castile) hanya melihat terus ke hadapan dan saya menjadi amat gementar.

“Saya memberitah­unya untuk tidak mencapainy­a,” kata Yanez, dengan suara yang kedengaran gelisah.

Protes baharu meletus di Minnesota setelah anggota polis itu dibebaskan pada Jumaat lepas daripada tuduhan membunuh, selain dua tuduhan sengaja melepaskan senjata berbahaya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia