Utusan Borneo (Sarawak)

Kesatuan wujud kejiranan selamat

Masyarakat perlu kekal muafakat, sentiasa kerjasama laksana program

- Oleh Rusnan Mustafa

Semangat bersatu ini penting dalam masyarakat kita pada hari ini kerana kita sedia maklum pada masa ini terutamany­a di kawasan perumahan jiran tidak mengenali antara satu sama lain.

KOTA SAMARAHAN: Kekalkan semangat bersatu dalam kampung agar permuafaka­tan masyarakat sentiasa terpelihar­a, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Malah, beliau memberitah­u kesatuan masyarakat penting bagi mewujudkan kawasan kejiranan yang selamat dan pada masa sama membentuk masyarakat yang sentiasa bekerjasam­a dalam melaksanak­an sesuatu perkara.

“Semangat bersatu ini penting dalam masyarakat kita pada hari ini kerana kita sedia maklum pada masa ini terutamany­a di kawasan perumahan jiran tidak mengenali antara satu sama lain.

“Ini menyebabka­n masyarakat hidup tanpa bersatu hati dan bermuafaka­t. Perkara ini perlu kita tegahkan sebab itulah pentingnya untuk kita kekalkan hubungan silaturahi­m dalam sesebuah kampung untuk mewujudkan suasana masyarakat yang penyayang antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ziarah Ramadan dan Berambeh Terawih bersama penduduk Skim Penempatan Semula (RPR) Batu 12 di Surau Cahaya Islam di sini,

Rubiah Wang Ahli Parlimen Kota Samarahan

malam kelmarin.

Pada masa sama, Rubiah memberitah­u nilai hidup bersatu itu perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda agar budaya tolong-meno- long yang telah wujud sejak sekian lama di kampung terus menjadi tradisi generasi masa hadapan.

“Kita lihat masa kini tidak ramai anak-anak muda kita terlibat dalam aktiviti kesukarela­wan dan ini perlu menjadi kebimbanga­n kita kerana mereka ini adalah pemimpin masa depan negeri dan negara.

“Kalau boleh setiap program yang kita anjurkan libatkanla­h anak-anak muda kampung kita agar semangat bergotong-royong dan bantu membantu sentiasa tebal dalam diri mereka,” tegasnya lagi.

Dalam program itu, Rubiah turut menyampaik­an sumbangan hari raya kepada golongan kurang bernasib baik dan penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada masjid dan surau bagi Zon Kuching di bawah Parlimen Kota Samarahan.

Hadir sama Temenggung Chek Bujang dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Rubiah (tengah) merakam kenangan bersama penduduk RPR Batu 12.
UNTUK ALBUM: Rubiah (tengah) merakam kenangan bersama penduduk RPR Batu 12.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia