Utusan Borneo (Sarawak)

WANITA MENGANDUNG MAUT DALAM KEMALANGAN

-

KUCHING: Seorang wanita yang mengandung enam bulan terbunuh akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan di Kilometer 13 Jalan Bau-Kuching, dekat sini semalam.

Mangsa ialah Nancy Epan, 38, berasal dari Kampung Seropak, Bau semasa kejadian dikatakan menunggang motosikal dan dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja iaitu sekitar jam 9 pagi.

Menurut sumber, mangsa semasa kejadian cuba memotong sebuah lori namun tidak sempat ekoran terdapat kenderaan lain dari arah bertentang­an menyebabka­n dia terlanggar tayar lori tersebut ketika cuba masuk semula ke laluannya.

“Mangsa dari arah Bau ke Kuching ketika cuba memotong sebuah lori jenis treler namun tidak berjaya kerana terdapat kenderaan lain dari arah bertentang­an menyebabka­n dia terpaksa memasuki laluannya semula.

“Nasib bagaimanap­un tidak menyebelah­i mangsa, apabila dia tidak sempat masuk semula ke laluannya lalu melanggar bahagian tayar belakang (kanan) lori tersebut dan terus terjatuh di tengah jalan raya,” kata sumber.

Orang ramai yang menyaksika­n kejadian tersebut kemudian cuba membantu mangsa selain turut menghubung­i anggota paramedik.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak DSP Bingkok John semasa dihubungi untuk mengulas mengenai kejadian tersebut memberitah­u, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang mengandung enam bulan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik dari Hospital Kota Sentosa dan mayatnya kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya juga, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut polis masih dijalankan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak selepas kemalangan tersebut. NANCY
REMUK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak selepas kemalangan tersebut. NANCY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia