Utusan Borneo (Sarawak)

THOMPSON, BLAKE JADI TUMPUAN

Ungguli acara 100 meter wanita dan lelaki di Kejohanan Balapan dan Padang Jamaica

-

KINGSTON: Elaine Thompson mengurangk­an masanya yang terpantas di dunia dalam acara 100 meter di Kejohanan Balapan dan Padang Jamaica kelmarin, manakala bekas juara dunia Yohan Blake mencatatka­n masa terpantasn­ya dalam tempoh lima tahun.

Thompson mencatatka­n 10.71 saat untuk memenangi acara 100 meter wanita dan Blake juga berbuat demikian dalam acara 100 meter lelaki dengan masa 9.90 saat.

Pada petang yang sejuk di Stadium Nasional yang ikonik di Kingston, keduadua mereka menjadi tarikan bintang tanpa penyertaan dua wira Olimpik Jamaica, Usain Bolt dan Shelly-Ann Fraser-Pryce.

Blake sedang membuat kebangkita­n selepas beberapa tahun diketepika­n oleh kecederaan. Masanya adalah yang terpantas bagi dirinya sejak 2012 apabila dia lari 9.69 saat di Lausanne.

Julian Forte menduduki tempat kedua dalam masa 10.04 saat selepas mencatatka­n masa terbaik karier 9.99 saat pada peringkat separuh akhir, manakala Senoj-Jay Givans menempah tempat pertamanya dalam pasukan kebangsaan senior dengan menduduki tempat ketiga dalam masa 10.05 saat.

Blake berkata dia telah mendapat galakan daripada rakan lati- hannya, Bolt.

“Setiap kali saya berlari, saya semakin bertambah bagus dan saya hanya mahu mengekalka­n prestasi ini menjelang Kejohanan Dunia. Setiap hari Usain menggalakk­an saya dalam latihan,” katanya.

Ditanya sama ada dia menggeruni mana-mana atlet di atas balapan, Blake berkata, “Orang untuk digeruni tidak ada, saya berlatih dengan manusia terpantas dalam sejarah; apa lagi yang hendak digeruni? Saya rasa amat bagus, dan saya yakin semula dan sedang mengalami perasaan yang amat gembira ini.” Bagaimanap­un dia mengakui ia sebelum ini sukar untuk kembali ke tahap kecergasan dan keyakinan sekarang selepas mengalami beberapa kecederaan. “Saya mengalami kelukaan mental tetapi pasukan pen- gurusan saya berusaha gigih dengan saya dan lihat kita di sini.”

Thompson nyaris menyamai rekod peribadiny­a ketika dia menurunkan masanya dari 10.78 saat. Dia meninggalk­an pelari lain dengan veteran Simone Facey yang menduduki tempat kedua dalam masa 11.04 saat dan Jura Levy di tempat ketiga dalam masa 11.06 saat.

Juara pecut berganda Sukan Olimpik itu tidak berlari dalam acara 200 meter yang bermula semalam.

Dia berkata keadaan berjalan menurut rancangan, dan dia sebelum berharap untuk mara dari peringkat pusingan dengan semudah mungkin “dan hanya melangkah dari sana”.

Rhonda Whyte membuat kejutan terbesar pada petang itu apabila dia melepasi tiga pagar terakhir untuk memenangi acara 400 meter lompat pagar dalam masa terbaik karier 54.29 saat.

Setiap kali saya berlari, saya semakin bertambah bagus dan saya hanya mahu mengekalka­n prestasi ini menjelang Kejohanan Dunia. Setiap hari Usain menggalakk­an saya dalam latihan. Yohan Blake Pelari pecut Jamaica

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIHADAPAN: Thompson (tengah) mendahului peserta lain dalam acara pecut 100 meter wanita pada Kejohanan Balapan dan Padang Jamaica di Stadium National Kingston di Jamaica.
— Gambar Reuters DIHADAPAN: Thompson (tengah) mendahului peserta lain dalam acara pecut 100 meter wanita pada Kejohanan Balapan dan Padang Jamaica di Stadium National Kingston di Jamaica.
 ??  ?? BLAKE
BLAKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia