Utusan Borneo (Sarawak)

Belanja raya saat akhir lebih seronok

- Oleh Siti Aisyah Ramli

Ramai suka belanja saat akhir bagi nikmati suasana persiapan menjelang Aidilfitri

KUCHING: Amalan membeli-belah pada saat akhir memang sesuatu yang ditunggu-tunggu kebanyakan orang, kerana saat akhir inilah baharu ada nikmat untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Begitulah pendapat seorang suri rumah, Noor ‘Asyimah Mohd Rafi, 29, ketika ditemui membeli ayam dan daging segar di Medan Niaga Satok di sini, semalam.

Katanya sudah menjadi kelaziman, bukan sahaja buat dirinya, tetapi juga sesiapa sahaja untuk memilih membeli-belah pada saat akhir bagi menikmati suasana persiapan sebelum menjelang Aidilfitri yang riuh rendah.

“Semua tahu, jika kita buat kerja saat akhir termasuk membeli kelengkapa­n dan barangan untuk berhari raya, pasti akan berdepan kesesakan lalu lintas.

“Bahkan bukan itu sahaja, ia juga akan memakan masa yang agak lama berada di pasar, tapi itu tidak apa, itulah sebenarnya keseronoka­n dan kenikmatan dalam membuat persiapan perayaan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Jelasnya lagi, jika terlalu awal membeli daging dan ayam, pastinya kesegarann­ya sudah tidak ada, malah tidak dapat menikmati suasana membeli- belah pada saat akhir.

Sementara itu, Rosli Mat Arip, 54, juga melahirkan pendapat sama selain menambah Aidilfitri disambut hanya setahun sekali, maka tidak salah untuk memeriahka­n suasana pasar ayam dan daging pada saat akhir.

Bahkan bukan itu sahaja, ia juga akan memakan masa yang agak lama berada di pasar, tapi itu tidak apa, itulah sebenarnya keseronoka­n dan kenikmatan dalam membuat persiapan perayaan. Noor ‘Asyimah Mohd Rafi Suri rumah

“Saya dan isteri telah membeli daging dan ayam segar empat hari lepas, tetapi kami bercadang untuk menambah bekalan untuk tujuan rumah terbuka raya esok hari (hari ini).

“Jadi, kami datang ke sini (Medan Niaga Satok), walaupun lalu lintas agak sesak dan orang ramai juga berpusu-pusu untuk membeli ayam dan daging segar, tetapi saya gembira, inilah saat yang hanya kita dapat saksikan setahun sekali setiap kali tiba musim perayaan,” jelasnya.

Bagi penjual ayam dan daging segar, Yusuf Morni, 32, berasal dari Kampung Bintawa di sini, suasana meriah membeli-belah pada saat akhir adalah sesuatu yang menambah keseronoka­n dalam menyambut kedatangan Aidilfitri.

Katanya, jualan ayam dan daging segar yang dijualnya juga meningkat pada saat akhir dan masih ramai warga kota yang berkunjung untuk membeli di gerainya.

“Hari ini final (hari terakhir) sebelum kita beraya esok hari (hari ini).

“Jualan sangat memuaskan dan masih ramai orang datang untuk membeli ayam dan daging segar di sini,” katanya.

 ??  ?? SESAK: Kelihatan orang ramai masih mengambil peluang membeli belah ayam dan daging segar pada saat akhir.
SESAK: Kelihatan orang ramai masih mengambil peluang membeli belah ayam dan daging segar pada saat akhir.
 ??  ?? LAKU: Ayam dan daging segar yang dijual di Medan Niaga Satok semalam, sehari sebelum Aidilfitri yang disambut hari ini.
LAKU: Ayam dan daging segar yang dijual di Medan Niaga Satok semalam, sehari sebelum Aidilfitri yang disambut hari ini.
 ??  ?? SEGAR: Yusuf menunjukka­n ayam segar yang dijual di gerainya di Medan Niaga Satok, Kuching.
SEGAR: Yusuf menunjukka­n ayam segar yang dijual di gerainya di Medan Niaga Satok, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia