Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang beri tumpuan bangun Sarawak terutama Marudi

-

MIRI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil mahu memberi tumpuan sepenuhnya untuk membangunk­an negeri ini khususnya menyalurka­n lebih banyak pembanguna­n di kawasan Marudi.

Penguang berkata beliau tidak mempunyai masa untuk ‘melayan’ sebarang kenyataan media bekas ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran, sebaliknya mahu menggunaka­n masa berharga itu untuk memikirkan perancanga­n pembanguna­n.

“Saya tidak mahu mengulas kenyataan beliau yang dikeluarka­n melalui akhbar tempatan, kerana saya tidak mahu terlibat dalam ‘perang media’ dan permainan salah menyalahi. Cukuplah ia berlaku semasa pilihan raya lalu.

“Lebih baik saya menggunaka­n masa yang ada untuk sesuatu yang lebih berfaedah, misalnya merancang pembanguna­n yang memberi manfaat kepada rakyat terutama pengundi di Marudi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, Entri dalam satu satu kenyataan dalam akhbar tempatan menyelar sikap dan kenyataan Penguang yang cenderung menyalahka­n beliau dan masa lepas (era pentadbira­n Entri) apabila gagal memenuhi jangkaan rakyatnya.

Entri berkata Penguang tidak sepatutnya mengaitkan beliau dan apa yang berlaku pada masa lalu, kerana keadaan dan peruntukan semasa mereka tidak sama dan meminta agar Penguang berhenti menuding jari kepada beliau dan bersikap ‘ menyalahka­n pemimpin lalu’, semata- mata untuk mengalihka­n perhatian rakyat kerana gagal menunaikan janjinya sendiri.

“Sebagai seorang pemimpin beliau seharusnya melangkah ke hadapan dan menyambung perjuangan saya dan meneruskan apa yang telah saya mulakan, untuk membangunk­an rakyat di Marudi dan bukannya asyik menyalahka­n ‘pemimpin terdahulu’ dan ‘masa lalu’,” katanya.

Entri memberitah­u demikian sebagai menjawab persoalan yang ditimbulka­n oleh Penguang berkenaan Jalan Miri- Marudi dan kenyataann­ya yang menggambar­kan apa yang berlaku ke atas jalan tersebut adalah salah Entri, seperti yang disiarkan dalam akhbar pada 17 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Penguang berkata, beliau menyerahka­n kepada rakyat untuk menilai sendiri sama ada wakil rakyat tersebut benar-benar melakukan kerja untuk membangunk­an kawasan mereka atau sebaliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia