Utusan Borneo (Sarawak)

Hargai perjuangan pemimpin dahulu

Mereka bukan sahaja bawa kemakmuran tetapi mengubah gaya hidup rakyat: TYT

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Rakyat negeri ini dinasihati untuk terus menghargai perjuangan pemimpin dahulu yang bukan sahaja membawa kepada kemakmuran tetapi mengubah gaya hidup rakyatnya sama ada sebagai anak Sarawak atau rakyat Malaysia.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sejak mencapai kemerdekaa­n pada 1963 oleh pemimpin terdahulu, semua rakyat diberi peluang pekerjaan oleh kerajaan sehingga mereka mencapai gaya hidup lebih baik.

“Kita perlu sedar bahawa inilah sebenarnya hasil daripada perjuangan pemimpin yang membawa kemerdekaa­n dan menentukan politik kita sehingga kita dapat hidup aman makmur serta masyarakat­nya bersatu padu tanpa mengira kaum.

“Kita juga bertuah apabila melihat semua kaum di negeri ini seperti Cina, Iban, Melayu, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya telah dapat bekerjasam­a malahan mengekalka­n kemakmuran sesama sendiri sama ada sebagai rakyat Malaysia atau anak Sarawak,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Tambah Tun Taib, sejak mencapai kemerdekaa­n, Malaysia telah dianggap dunia satu daripada negara yang berjaya menukar nasib rakyatnya daripada kelompok miskin kepada satu tahap yang lebih baik menerusi peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan.

“Kerajaan menyediaka­n pekerjaan bukan sahaja di peringkat bawahan tetapi pertengaha­n dan peringkat tinggi, malahan kini kita dapat melihat ramai kalangan rakyat Malaysia termasuk anak Sarawak berjaya menjadi ahli perniagaan atau golongan profesiona­l,” tegasnya.

Katanya dalam masa 50 tahun

Kita perlu sedar bahawa inilah sebenarnya hasil daripada perjuangan pemimpin yang membawa kemerdekaa­n dan menentukan politik kita sehingga kita dapat hidup aman makmur serta masyarakat­nya bersatu padu tanpa mengira kaum. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

beliau dalam politik Sarawak, antara perkara yang ketara di kalangan anak Sarawak adalah semua rakyat pelbagai kaum negeri ini sudah menyedari bahawa nasib atau kemajuan Sarawak adalah bergantung kepada usaha menentukan kemakmuran dan perpaduan dalam politik.

Tun Taib menjelaska­n bahawa walaupun banyak per- bezaan tetapi rakyat negeri ini berjaya menempuh pelbagai perubahan atau cabaran kerana semuanya dapat memainkan peranan cukup baik.

Beliau memberitah­u, dahulu negeri dan negara ini masih daif semasa di bawah jajahan pihak luar tetapi ia kini sudah jauh berbeza dengan apa yang berlaku.

“Sehubungan itu kita sebagai pemimpin terdahulu amat ber- harap semua rakyat hari ini dapat bersatu dan meraikan kejayaan kita sebagai rakyat Malaysia dan anak Sarawak hasil darpada perjuangan mereka terdahulu.

“Sebagai tanda kesyukuran itu, marilah kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan penuh kesedaran untuk menghargai kebaikan yang diberikan Allah dan berusaha bersama meningkatk­an kehidupan ke arah lebih maju,” katanya.

 ??  ?? TAIB
TAIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia