Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat penjaja di Kampung Jagoi Duyuh tarikan baharu pengunjung

-

KAPIT: Syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) dan ahli perniagaan berjaya digesa agar bergiat aktif dalam menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat untuk menjaga kebajikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK) Kapit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat berkata, usaha murni tersebut penting bagi memastikan PDK dapat diurus secara profesiona­l dan cekap sebagai pusat pemulihan kanak-kanak berkeperlu­an khas.

“Justeru, beliau menggesa syarikat korporat, NGO dan ahli perniagaan yang berjaya berganding bahu menjalanka­n usaha murni demi menjaga kebajikan kanak- kanak di PDK Kapit.

“Kita mempunyai kakitangan yang terlatih untuk menjaga dan memberi pengetahua­n serta kemahiran asas kepada mereka di pusat ini. Bagaimanap­un, kita memerlukan sokongan semua pihak untuk mencapai tujuan tersebut,” jelasnya.

Jamit berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2017 sempena Hari Terbuka PDK Kapit di Jalan Bleteh di sini kelmarin.

Beliau turut melahirkan rasa gembira melihat beberapa NGO termasuk Kelab Lions Kapit, Bulan Sabit Merah Malaysia ( BSMM) Daerah Kapit, Persatuan Chiang Chuan, Persatuan Tung Kwang, Rukun Tetangga Selatan kerana telah bergiat aktif dalam menjalanka­n aktiviti di PDK Kapit.

“Mereka tidak hanya mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti yang dianjurkan di PDK Kapit, malah mengumpul dana untuk menjalanka­n aktiviti tersebut.

“Ini adalah usaha yang mulia dan saya ingin menyeru kepada semua NGO di sini tanpa mengira latar belakang dan kepercayaa­n bergabung tenaga dengan PDK,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, Jamit telah mengumumka­n geran sebanyak RM5,000 untuk dana aktiviti PDK Kapit dan RM5,000 untuk tujuan pelancaran Tabung Kutipan Membeli Van.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kapit Peter Gabong, Temenggung Tan Kian Hoo, Penghulu Sia Shui Poh, Kapitan Yiap Yii Hoo, Kapitan Kong Cheak Hee, Kapitan Yap Hui Li dan Pengerusi Jawatankua­sa PDK Kapit Moonly Tiang. KUCHING: Pusat penjaja di Kampung Jagoi Duyuh dekat Serikin dalam daerah Bau menjadi tarikan baharu kepada pengunjung terutama pada hujung minggu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh berkata pusat penjaja ini dibina oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dengan kos RM350,000.

Pusat ini katanya, adalah sebagai kemudahan untuk pekebun kecil terutama di sekitar kawasan ini memasarkan produk pertanian mereka.

“Pusat penjaja ini telah beroperasi lebih daripada sebulan dan telah menjadi tarikan kepada para pengunjung yang datang ke kawasan ini terutama pada hujung minggu.

“Pusat ini telah dibina pada hujung tahun lepas oleh FAMA bagi menyediaka­n peluang kepada penduduk di luar bandar menambah pendapatan mereka.

“Dengan adanya kemudahan ini, kita berharap ia akan dapat membantu mempromosi­kan aktiviti pertanian yang diusahakan dalam skala kecil di kalangan penduduk kampung,” katanya.

Nogeh yang juga Ahli Parlimen Mas Gading menambah, pusat itu juga akan menjadi pusat pemasaran kepada para petani dan pengeluar menjual produk mereka secara terus kepada pengguna.

“Buat masa ini terdapat 50 penjaja yang berniaga di pusat ini yang kebiasaann­ya sibuk pada hujung minggu.

“Saya percaya pusat penjaja ini akan menjadi tempat pertemuan bagi pengeluar tempatan dan pengguna termasuk orang tengah dari Bau dan Kuching setiap hujung minggu,” katanya.

Selain peruntukan bagi membina pusat penjaja di Duyuh, FAMA sebelum ini juga telah memperuntu­kkan sebanyak RM500,000 kepada Majlis Daerah Bau (MDB) bagi menaik taraf Pasar Tamu Bau.

Kerja-kerja menaik taraf pasar ini telah siap dan telah diserahkan kepada MDB pada hujung tahun lepas.

Kerja-kerja menaik taraf pasar ini bukan sahaja menyediaka­n persekitar­an yang kondusif kepada penjaja tetapi juga keselesaan kepada pengunjung.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Pusat penjaja di Kampung Jagoi Duyuh memudahkan pekebun kecil memasarkan produk pertanian mereka.
KEMUDAHAN: Pusat penjaja di Kampung Jagoi Duyuh memudahkan pekebun kecil memasarkan produk pertanian mereka.
 ??  ?? TARIKAN BAHARU: Pusat penjaja di Kampung Jagoi Duyuh menjadi tarikan baharu kepada pengunjung terutama pada hujung minggu.
TARIKAN BAHARU: Pusat penjaja di Kampung Jagoi Duyuh menjadi tarikan baharu kepada pengunjung terutama pada hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia