Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan perayaan kaum jayakan gagasan 1Malaysia

Setiap perayaan yang diraikan rakyat pelbagai kaum di Malaysia wajar dijadikan perayaan bersama: Masir

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat mahu setiap perayaan diraikan pelbagai kaum di negara ini dijadikan sebagai landasan untuk menjayakan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Menurut beliau, setiap perayaan yang diraikan rakyat Malaysia tidak mengira di Sarawak mahupun Sabah dan Semenanjun­g Malaysia wajar dijadikan perayaan bersama.

“Menjadi budaya masyarakat kita khasnya negeri Sarawak pada setiap perayaan, kita akan mengunjung­i saudara-mara dan rakan, sahabat handai atau jiran tetangga tanpa mengira kedududuka­n, pangkat dan agama dan ini melambangk­an kita semua berada dalam 1Malaysia,” ujarnya.

Masir yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai, Gawai Dayak 2017 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman di Hotel Seri Simanggang dekat sini malam kelmarin.

Kata Masir lagi, kunjung mengunjung adalah satu budaya unik dan harus diteruskan demi menjamin perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

“Perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri ini amat penting untuk kita maju ke hadapan. Seperti kita semua maklum, di negeri Sarawak, kita mempunyai banyak kaum yang tinggal di seluruh pelosok negeri ini.

Menjadi budaya masyarakat kita khasnya negeri Sarawak pada setiap perayaan, kita akan mengunjung­i saudara-mara dan rakan, sahabat handai atau jiran tetangga tanpa mengira kedududuka­n, pangkat dan agama dan ini melambangk­an kita semua berada dalam 1Malaysia. Datuk Masir Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri

“Selama ini, kita dapat tinggal bersama secara aman dan damai, saling menghormat­i agama, kebudayaan dan adat resam kaum lain. Kita merasai tiada rusuhan kaum berlaku seperti di negara lain,” ujarnya.

Justeru katanya, rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional ( BN) kerana mempunyai dasar yang amat baik antara rakyat berbilang kaum. Kerajaan BN memang bersikap adil dalam semua dasar dan rancangan pembanguna­nnya.

“Semua kaum, kecil atau besar diberi peluang yang saksama dan perpaduan rakyat yang baik yang kita rasai pada hari ini bukan datang secara tiba- tiba sahaja.

“Tokoh politik, pemimpin, ketua masyarakat sejak berpuluh tahun lalu memang bekerja kuat dan sentiasa berbincang supaya prinsip perpaduan kekal dalam kalangan rakyat negeri ini,” tegasnya.

 ??  ?? MESRA RAKYAT: Masir (tengah) beramah mesra dengan ahli Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Kampung Perintah, Sri Aman yang turut hadir menjayakan majlis berkenaan malam kelmarin.
MESRA RAKYAT: Masir (tengah) beramah mesra dengan ahli Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Kampung Perintah, Sri Aman yang turut hadir menjayakan majlis berkenaan malam kelmarin.
 ??  ?? RASMI: Jamit (tengah) meletakkan ‘piring’ di atas teresang pada Majlis Ngiling Bidai PDK Kapit sambil diperhatik­an Peter (kiri) dan Moonly.
RASMI: Jamit (tengah) meletakkan ‘piring’ di atas teresang pada Majlis Ngiling Bidai PDK Kapit sambil diperhatik­an Peter (kiri) dan Moonly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia