Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumkan masalah air kepada pejabat daerah, kata Salang

-

JULAU: Penduduk rumah panjang di kawasan Parlimen Julau yang menghadapi masalah bekalan air harus memaklumka­n kepada pejabat daerah.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata, setiap tuai rumah perlu mengambil inisiatif untuk berbuat demikian.

Beliau bercakap demikian semasa menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Seman Panting di Ulu Sungai Lasi dekat sini, semalam.

Salang berkata semua tuai rumah berkenaan perlu mengemukak­an laporan menunjukka­n lokasi rumah panjang mereka dan bilangan isi rumah mereka yang terjejas.

“Masalah seperti itu semakin meluas kerana aktiviti pembanguna­n tanah seperti ladang kelapa sawit khususnya.

“Sungai tercemar kerana bahan kimia yang dikeluarka­n daripada baja dan bahan lain yang digunakan,” katanya.

Menurutnya, beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dana sebanyak RM40 juta bagi membesarka­n Loji Rawatan Air Julau yang sedia ada supaya ia dapat berfungsi dengan lebih meluas di kawasannya.

“Saya juga telah membangkit­kan isu ini di Parlimen,” jelasnya.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya, Lembaga Air dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar membantu mencari penyelesai­an ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai pelaksanaa­n tinjauan perimeter yang dimulakan oleh kerajaan negeri, beliau berkata pemilik tanah tidak perlu takut.

“Tiada apa nak dibimbangk­an kerana kerajaan tidak dapat merampas tanah anda melalui proses tersebut.

“Ia adalah untuk tujuan me- nentukan sempadan tanah anda dan negeri.

“Apabila sempadan ditentukan dengan betul, ia dapat memudahkan usaha mengeluark­an hak milik tanah.

“Apabila anda mempunyai surat hak milik di tanah anda, anda boleh membangunk­annya termasuk dalam usaha sama dengan pelabur swasta,” katanya.

Oleh itu, beliau mengingatk­an penduduk rumah panjang bahawa tinjauan perimeter adalah langkah yang sangat penting.

Kemudian pada majlis tersebut, Salang menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM398,000 keseluruha­nnya kepada 31 rumah panjang dari kawasan Lasi, Merurun, Balut dan Jugam di daerah ini.

Jumlah itu termasuk sejumlah RM50,000 kepada Pejabat Daerah Julau untuk menganjurk­an Pesta Lada Julau pada tahun depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia