Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Maslan turun padang sokong pengusaha PKS di S’wak

-

KUCHING: Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan telah turun padang dalam usaha menyokong para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan yang padu kepada golongan usahawan PKS yang sentiasa mahu menceburi bidang perniagaan.

“Bagaimanap­un, usaha membantu golongan usahawan mikro ke peringkat kecil dan kecil ke peringkat sederhana adalah bukan tanggungja­wab pihak SME Corporatio­n Malaysia semata-mata.

“Tetapi semua agensi yang terlibat dalam membantu para usahawan ini menjadi lebih besar dan kukuh dalam bidang perniagaan itu sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Turun Padang MITI di sini kelmarin.

Ahmad turut melawat empat premis yang menjalanka­n perusahaan pelbagai di sini yang terletak di Demak Laut dan tiga lagi di Majma Mall.

Mereka adalah ASTEEL Sdn Bhd, Lamar HH Sdn Bhd, D’Lihah Signatures dan Comel Manja.

Beliau di maklumkan semalam bahawa ASTEEL Sdn Bhd terletak di Demak Laut, merupakan sebuah syarikat fabrikasi keluli tempatan yang terbesar di Sarawak dengan kapasiti keluaran 70,800 tan metrik setahun.

Antara produk keluaran ASTEEL termasuk ‘metal roofing’, ‘slitted metal sheet’ dan ‘welded steel pipes’.

Baru-baru ini syarikat berkenaan telah membuka kilang di Ampang dan Klang dan bakal membuka sebuah lagi kilang di Mukah.

Lamar HH Sdn Bhd pula merupakan sebuah syarikat yang telah menerima bantuan Geran Program BAP daripada SME Corp Malaysia dan aktiviti syarikat adalah menjalanka­n perniagaan restoran makanan Arab, Al-Yemen Restaurant di sini selain menjual pakaian dan produk kecantikan khasnya dari negara Arab.

Syarikat beroperasi di Majma Mall, ST3 dan di Kubah Ria.

D’Lihah Signatures pulah ialah sebuah butik yang telah beroperasi di Majma Mall sejak November 2014.

Sebelum ini butik berkenaan bermula di Bandar Baharu Samariang pada 2009 yang diasaskan oleh dua beradik, Nor Farah Fatimah Abang Abdul Rahman dan kakaknya Norsyema Abang Abdul Rahman.

Kepakaran syarikat adalah membantu wanita berasa yakin dan selesa dengan menyediaka­n pakaian muslimah yang berkualiti, praktikal dan selesa dengan harga berpatutan.

Produk utama D’Lihah ialah ‘French satin shawls’ dan baju kurung ‘cotton satin polos’ berpoket.

Butik syarikat juga beroperasi melalui laman atas talian laman Lazada, Shoppee dan Facebook.

Syarikat berstatus Bumiputera sepenuhnya, Comel Manja dimiliki oleh Maria Ismail.

Comel Manja adalah butik kanak-kanak muslimah yang pertama di Kuching.

Selain daripada pakaian muslimah kanak-kanak syarikat itu juga ada menjual tudung, turban dan eksesori khas untuk kanak-kanak yang juga terletak di Majma Mall.

Turut hadir sepanjang tempoh lawatan tersebut adalah Pengarah Urusan Asteel Sdn Bhd Victor Hii Lu Thian, pemilik syarikat Lamar HH Sdn Bhd Shaikh Helmi Shaikh Ali Al-Arashi dan Hasanah Shaikh Haji Salleh Al-Qersh dan pengasas D’Lihah Signatures Nor Farah Fatimah Abang Abdul Rahman.

 ??  ?? KENANGAN: Ahmad (lima kanan) bergambar bersama Victor (lima kiri) dan kakitangan ASTEEL Sdn Bhd baru-baru ini semasa mengadakan lawatan.
KENANGAN: Ahmad (lima kanan) bergambar bersama Victor (lima kiri) dan kakitangan ASTEEL Sdn Bhd baru-baru ini semasa mengadakan lawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia