Utusan Borneo (Sarawak)

Para pelanggan Gintell dapat ganjaran berganda

3 bilik pameran Gintell serah hadiah kepada pemenang Peraduan Hari Keluarga Gintell

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Tiga bilik pameran Gintell di bandar raya ini iaitu di pusat beli belah Viva City, CityOne dan Boulevard mengadakan Majlis Penyampaia­n Hadiah kepada para pemenang Peraduan Hari Keluarga Gintell 2017, semalam.

Lau Kim Soon, 53, memenangi hadiah utama berupa kerusi urut Gintell De’Wise Care menerusi peraduan yang berlangsun­g dari April hingga Jun lepas itu.

Beliau menerima hadiah tersebut di Bilik Pameran Gintell Viva City yang disampaika­n oleh Pengurus Cawangan Gintell Viva City Welly Betong.

Welly ketika ditemui pemberita memberitah­u, keluarga Lau amat bertuah kerana setiap seorang daripada keluarga itu memenangi hadiah daripada Gintell dalam tempoh tiga tahun berturuttu­rut.

“Sebelum ini saya ada membeli kerusi urut daripada Gintell dan hari ini saya memenangi sebuah lagi kerusi urut baharu,” kata Lau, semalam.

Sementara itu, tuah turut menyebelah­i pasangan suami isteri dari bandar raya ini, apabila dinobat sebagai pemenang hadiah istimewa dan hadiah sagu hati dalam peraduan sama.

Pensyarah salah sebuah universiti swasta di sini, Tan Lee Tung, 45, serta isterinya Kong Li-Lian, 45 diumum sebagai pemenang dan menerima hadiah pada Majlis Penyampaia­n Hadiah di Bilik Pameran Gintell CityOne, di sini.

Hadir menyampaik­an hadiah Tan dan Kong ialah kakitangan bertugas bagi Bilik Pameran Gintell CityOne Bryan Liu dan Pengurus Kawasan Gintell Kuching Yvonne Liew.

Kong ketika ditemu bual

Sebelum ini saya ada membeli kerusi urut daripada Gintell dan hari ini saya memenangi sebuah lagi kerusi urut baharu. Lau Kim Soon Pemenang

memberitah­u, beliau langsung tidak menyangka kemenangan itu kerana beliau hanya ‘suka-suka’ menyertai peraduan itu bersama suaminya, Tan yang mengetahui mengenai Peraduan Hari Keluarga Gintell 2017 menerusi surat khabar.

“Saya dan suami ( Tan) berasa amat bertuah hari ini ( semalam) kerana berjaya memenangi peraduan ini.

“Kami langsung tidak menyangka kemenangan ini dan tuah menyebelah­i kami kali ini,” katanya yang bertugas sebagai akauntan di bandar raya ini.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Tan membawa pulang satu unit Gintell Torsoball iaitu bola senaman yang bernilai RM498 mana- kala Kong pula membawa pulang Gintell Minnie Arc iaitu mesin pengurut mudah alih Gintell Torsoball yang bernilai RM398.

Manakala pemenang hadiah kedua pula disampaika­n kepada pemenang di Boulevard yang dimenangi oleh Chai Kui Lan.

Selain Chai, turut menerima hadiah ialah pemenang tempat keempat iaitu Voon Fui Kiang yang membawa pulang basikal magnetik, hadiah sagu hati berupa Gintell Minnie Arc kepada Liew Thian Yun serta hadiah istimewa dime- nangi Jong Fung Swee yang membawa pulang Gintell Torsoball.

Bagi Bilik Pameran Gintell Boulevard, hadiah disampaika­n oleh Pengurus Cawangan Kuek Tai Guan dan Pengurus Operasi Gintell Sarawak Jeffery Tan.

Peraduan Hari Keluarga Gintell 2017 bermula sejak April dan tamat pada bulan Jun lalu dan penyampaia­n hadiah semalam berlangsun­g serentak di lapan bilik pameran Gintell yang mana lima di Sarawak (termasuk Sibu dan Bintulu) dan tiga di Sabah.

 ??  ?? HADIAH ISTIMEWA: Tan Lee Tung (dua kanan) menerima hadiah daripada Bryan (tengah). Turut kelihatan isteri Tan, Kong (kanan) dan Pelatih Perunding Jualan Gintell Laura Dee Dee Cotter (kiri) serta Perunding Jualan Gintell Miming Matthew (dua kiri).
HADIAH ISTIMEWA: Tan Lee Tung (dua kanan) menerima hadiah daripada Bryan (tengah). Turut kelihatan isteri Tan, Kong (kanan) dan Pelatih Perunding Jualan Gintell Laura Dee Dee Cotter (kiri) serta Perunding Jualan Gintell Miming Matthew (dua kiri).
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Kuek (tiga kiri) dan Jeffery (dua kanan) merakam kenangan bersama para pemenang di Bilik Pameran Gintell Boulevard di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Kuek (tiga kiri) dan Jeffery (dua kanan) merakam kenangan bersama para pemenang di Bilik Pameran Gintell Boulevard di Kuching, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Lau (kiri) menerima hadiah berupa kerusi urut Gintell De’Wise Care yang disampaika­n oleh Welly.
TAHNIAH: Lau (kiri) menerima hadiah berupa kerusi urut Gintell De’Wise Care yang disampaika­n oleh Welly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia