Utusan Borneo (Sarawak)

Kekal Satok Uptown di Dewan Suarah Kuching

Berita pemindahan tapak Satok Uptown Civic Center dapat respons negatif terutama peniaga

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Berita pemindahan tapak Satok Uptown Civic Center yang terletak di Dewan Suarah Kuching, di sini mendapat respons negatif, rata-ratanya daripada kalangan peniaga sendiri.

Tinjauan rambang yang dilakukan mendapati kebanyakan peniaga mahu lokasi berniaga itu dikekalkan di Dewan Suarah Kuching mengambil kira pelbagai aspek yang memudahkan bukan sahaja kepada mereka sendiri bahkan juga kepada warga kota.

Malah, ramai warga kota juga dilihat berkunjung untuk membeli-belah di Satok Uptown Civic Center sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kemudahan yang mencukupi di samping pelbagai jenis jualan yang terdapat di situ menjadi antara sebab para pengunjung berasa selesa serta mudah memilih barangan yang diingini.

Selain itu, dengan adanya pasukan RELA yang ditugaskan mengawal keselamata­n serta lalu lintas juga memudahkan aliran trafik keluar masuk ke Satok Uptown Civic Center.

Menurut salah seorang penjaja, Mohd Firdaus Masleh, 31, Satok Uptown Civic Center wajar dikekalkan kerana sepanjang tiga tahun beroperasi, tiada sebarang kes jenayah dilapor, membuktika­n keadaan di situ selamat dan aman.

Jelasnya lagi, ia juga adalah platform baik untuk menggalakk­an belia khususnya bergiat aktif dalam perniagaan kecil-kecilan.

“Kemudahan padang futsal, bola keranjang dan papan selaju secara tidak langsung dapat menarik minat belia berdekatan untuk mengenali bidang perniagaan uptown dengan lebih dekat.

“Justeru, kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menjemput para penjaja untuk berbincang dan berkongsi pandangan berkenaan isu pemindahan Satok Uptown ini sebelum membuat keputusan rasmi untuk memindahka­nnya,” katanya dalam satu kenyataan media, kelmarin.

Sependapat dengan Mohd Firdaus, juga penjaja sepenuh masa di situ, Mohamad Zahari, 33, berkata kedudukan Dewan Suarah Kuching yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini menjadikan­nya lokasi strategik yang mudah dikunjungi para pengunjung.

Katanya, tambahan dengan adanya pelanggan tetap menyebabka­n para penjaja lebih yakin berniaga dan jika pemindahan dilakukan, mereka perlu membina semula jaringan perniagaan bagi mencari pelanggan baharu dan secara tidak langsung akan mengganggu pendapatan.

Sementara itu, Mohamad Shafiq Izham, 23, berpendapa­t, kemudahan kawasan permainan sukan di kawasan Dewan Suarah Kuching serta kawasan riadah menyebabka­n Satok Uptown menjadi tarikan para pengunjung untuk datang sambil bersantai bersama keluarga.

“Selain itu, kemudahan tandas awam serta keselamata­n yang terkawal menyebab- kan para pengunjung berasa selesa untuk datang.

“Jika terdapat sebarang rungutan tentang Satok Uptown, diharap ia dapat diselesaik­an dengan baik dan pemindahan lokasi bukanlah jalan penyelesai­annya,” ujarnya.

Sebelum ini Ahli Majlis Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Wee Hong Seng mengeluark­an kenyataan bahawa kerja penurapan semula jalan dalam bandar raya ini menjadi alasan Satok Uptown Civic Center bakal dipindahka­n ke tapak baharu di kawasan berdekatan Limbungan Brooke atau Brooke Dockyard di Tebingan Kuching yang mendapat tentangan daripada banyak pihak.

 ??  ?? LOKASI STRATEGIK: Satok Uptown Civic Center menjadi pilihan warga kota kerana lokasinya yang strategik di tengah bandar raya selain kemudahan yang disediakan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.
LOKASI STRATEGIK: Satok Uptown Civic Center menjadi pilihan warga kota kerana lokasinya yang strategik di tengah bandar raya selain kemudahan yang disediakan memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.
 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Juma’ani (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada pelatih PDK Sinar 1Malaysia.
TERIMALAH: Juma’ani (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada pelatih PDK Sinar 1Malaysia.
 ??  ?? FIRDAUS
FIRDAUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia