Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Raya Aidilfitri hari kemenangan umat Islam

-

KUCHING: Hari Raya Aidilfitri adalah hari umat Islam menyambut kemenangan selepas mengharung­i cabaran nafsu dengan melaksanak­an pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan.

Pesuruhjay­a Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak Jofri Jaraiee berkata, sesungguhn­ya kejayaan hakiki seorang hamba di sisi Allah ialah apabila dikurnia keredaan dalam apa juga tindakan dan amalan.

“Saya mewakili PAS Negeri Sarawak ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan kita semua dalam menyempurn­a ibadah puasa dan ibadah lain pada bulan Ramadan yang akan meninggalk­an kita.

“Ramadan mendidik kita bagaimana mendapat reda Allah dalam ibadah maka reda Allah juga kita cari dalam kehidupan sama ada dalam pergaulan suami isteri mahupun ahli keluarga serta pergaulan dalam bermasyara­kat.

“Ia juga termasuk mengharapk­an reda Allah dalam bernegara melalui politik Islam,” katanya menerusi perutusan Aidilfitri 1438H PAS Sarawak kelmarin.

Katanya, masyarakat Islam khasnya, perlu terus istiqamah dalam usaha meraih reda Allah dan terus berjuang meskipun perlu mendepani pelbagai cabaran dan ujian dalam kehidupan.

“Perjuangan mencapai reda Allah pasti akan berhadapan cabaran dan ujian daripada Allah sama ada musuh luaran yang terdiri daripada manusia yang akan sentiasa menghalang dan menentang perjuangan Islam. Atau tidak kurang juga musuh dari dalam diri kita sendiri iaitu nafsu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an, dalam kegembiraa­n menyambut Hari Raya Aidilfitri, saudarasau­dara seagama yang sedang bergelut dan berjuang mempertaha­nkan agama Allah di seluruh dunia khususnya di negara-negara umat Islam yang sedang bergolak tidak harus dilupakan.

Termasukla­h, jelasnya masyarakat Islam di negara Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Mesir, Yaman, Myanmar dan Qatar serta seluruh negara Islam.

“Penuhilah sambutan hari raya kali ini dengan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, eratkan ukhuwah sesama umat Islam kerana dengan kekuatan ukhuwah Islamiyyah, umat Islam akan mendapat kembali kekuatanny­a berserta reda Allah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia