Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat tulang belakang k’jaan BN

Pemimpin akar umbi itu diharap mendukung dan menyokong BN dengan tidak berbelah bahagi

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Ketua masyarakat dan tuai rumah merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang.

Justeru, beliau percaya dan menaruh harapan kepada pemimpin akar umbi itu untuk mendukung dan menyokong BN dengan tidak berbelah bahagi.

“BN merupakan parti yang dapat membawa kemajuan dan pembanguna­n kepada rakyat serta membela nasib rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Ini kerana penduduk di luar bandar masih memerlukan bantuan kerajaan BN bagi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, naik taraf jalan kampung dan projek rakyat miskin tegar seperti bantuan rumah dan menaik taraf rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian

BN merupakan parti yang dapat membawa kemajuan dan pembanguna­n kepada rakyat serta membela nasib rakyat terutama di kawasan luar bandar. Michael Tiang Setiausaha Politik Ketua Menteri

semasa berucap menyempurn­akan Majlis Ngiling Bidai anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Dewan Masyarakat Sibu Jaya, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Penghulu Philip Kayak dan pengerusi pengelola Christophe­r Ugot.

Beliau menggesa pemimpin akar umbi ini saling kenal mengenal sesama sendiri agar segala urusan pentadbira­n mahu berkaitan dengan politik berjalan lancar.

Menyentuh mengenai majlis berkenaan, Michael memberitah­u bahawa ia adalah penutupan Hari Gawai Dayak bagi masyarakat Dayak khasnya bagi kaum Iban.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada penganjur kerana berjaya menganjurk­an majlis itu dengan menghimpun­kan semua tuai rumah dan ketua masyarakat di kawasan Parlimen Lanang ini.

Pada majlis itu, Michael turut menyampaik­an 25 keping cek kepada 25 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang di kawasan Parli- men Lanang yang merupakan geran kerajaan untuk projek kecil luar bandar (MRP).

Menurutnya, beliau sebe- lum ini telah menyampaik­an geran kepada lebih daripada 80 JKKK di kawasan Parlimen Lanang dan menyi- fatkan pemberian itu sebagai komitmen kerajaan dalam membantu rakyat.

Pada majlis yang sama beliau turut menyampaik­an hamper kepada 54 ibu tunggal dari kawasan Parlimen Lanang.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Michael (tiga kanan) menyampaik­an cek kepada seorang tuai rumah pada Majlis Ngiling Bidai anjuran BNSUPP di Sibu Jaya, malam kelmarin.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Michael (tiga kanan) menyampaik­an cek kepada seorang tuai rumah pada Majlis Ngiling Bidai anjuran BNSUPP di Sibu Jaya, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia