Utusan Borneo (Sarawak)

1,600 penagih dan bekas penagih terima sumbangan Aidilfitri

-

BALING: Seramai 1,600 penagih dan bekas penagih dadah di sini menerima sumbangan hari raya pada Program Ambang Aidilfitri Parlimen Baling semalam.

Seorang penerima yang hanya mahu dikenali Azmi, 35, berkata bantuan RM100 dan barangan keperluan harian untuk Aidilfitri yang diberikan itu sangat bermakna bagi dirinya memandangk­an dia hanya bekerja sendiri.

“Saya percaya, kalau di tempat lain, golongan penagih air ketum ini langsung tidak dipedulika­n oleh masyarakat. Apatah lagi untuk diberi sumbangan.

“Tapi di sini, berlainan. Sejak tertubuhny­a program Sahabat Datuk Azeez yang khusus bagi membantu golongan penagih, banyak sumbangan yang diberi dalam memastikan kami tidak terlibat dalam jenayah lain,” katanya kepada Bernama sempena program itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya juga turut membayarka­n zakat fitrah kepada penerima berkenaan selain bantuan kewangan,

Abdul Azeez berkata zakat fitrah itu turut dibayar kepada isteri dan anak penerima berkenaan sekiranya mereka sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.

“Kami akan sentiasa membantu golongan tersebut dengan satu syarat, mereka (penagih dadah) perlu bersumpah dengan tidak melakukan jenayah lain termasuk pecah tabung masjid dan meragut. Lagipun, mereka bukannya penagih tegar.

“Implikasin­ya, kawasan Baling sehingga kini mencat- atkan kadar jenayah paling rendah membabitka­n penagih dadah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 4,000 penduduk Baling yang terdiri daripada golongan asnaf dan miskin turut menerima bantuan hari raya berkenaan.

“Kami takut ada yang belum dapat atau terlepas pandang daripada programpro­gram yang diadakan sepanjang Ramadan ini, jadi dengan ini kami harap semua penduduk Baling akan dapat sumbangan tersebut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernma ?? Orang ramai mengambil sumbangan beras untuk dijadikan makanan pada pagi syawal pada majlis sumbangan Aidilfitri di perkaranga­n Pejabat Ahli Parlimen Baling BT42 Pulai semalam.
— Gambar Bernma Orang ramai mengambil sumbangan beras untuk dijadikan makanan pada pagi syawal pada majlis sumbangan Aidilfitri di perkaranga­n Pejabat Ahli Parlimen Baling BT42 Pulai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia