Utusan Borneo (Sarawak)

Cari media tradisiona­l untuk berita sebenar: Forum

-

ASTANA ( Kazakhstan): Masyarakat perlu kembali kepada sumber berita tradisiona­l jika mereka mahu mendapatkl­an berita yang tepat, kata bekas ketua pasukan media seorang perdana menteri Britain dalam forum media antarabang­sa di sini.

Giles Kenningham yang merupakan ketua pasukan media bahagian politik David Cameron, berkata media sosial dalam talian dipenuhi berita palsu dan satu daripada perkhidmat­an rangkaian sosial utama merupakan penyumbang terbesar berita palsu.

Kenningham adalah antara anggota panel dalam sesi bertajuk ‘Can Truth Prevail’ (Bolehkah Kebenaran Menang), pada Forum Media Eurasia ke-14, anjuran kerajaan Khazakhsta­n.

Kenningham yang kini menguruska­n Trafalgar Strategy, firma perundinga­n komunikasi strategik, berkata “kita tinggal dalam budaya suara yang disunting, di mana semakin kurang orang membeli akhbar dan menonton televisyen pula menerusi temu janji”.

Beliau berkata berita palsu boleh dibasmi jika media sosial dalam talian tertakluk kepada pemeriksaa­n yang ketat dan ada pihak ketiga yang menyemak maklumat.

Bagaimanap­un, Kenningham berkata berita palsu boleh dikekang jika semua pihak termasuk kerajaan lebih telus dalam aktiviti mereka kerana ini akan meningkatk­an kepercayaa­n orang ramai.

Beliau berkata orang ramai harus dididik untuk tidak bergantung kepada satu sumber maklumat sahaja.

Seorang lagi anggota p a n e l , M e n t e r i P e n - erangan dan Komunikasi Kazakhstan Dauren Abayev berkata media sosial dibanjiri jutaan berita dan maklumat pada setiap minit dan bukan mudah untuk mengekang berita palsu kerana banyak masa diperlukan untuk mengesahka­n walau hanya satu berita yang belum disahkan.

Bagaimanap­un, menteri itu berkata kebenaran akan menang apabila orang ramai memproses maklumat menggunaka­n akal.

Beliau berkata satu atau dua berita palsu tidak begitu menjejaska­n masyarakat namun yang membimbang­kan apabila sesetengah orang seperti ‘pemimpin yang kuat’ memanipula­si media sosial untuk menyebarka­n berita palsu bagi kepentinga­ngan diri sendiri.

Presiden Cable Public Affairs Channel (CPAC) Kanada, Catherine Cano pula berkata media perlu bersatu dengan audiens atau mereka akan beralih kepada media alternatif.

Beliau berkata masyarakat kini lebih berminat mendapatka­n berita yang mereka ingin tahu dan bukan yang disediakan oleh media biasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia