Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama SPRM, EAIC bukti komitmen perangi gejala rasuah

-

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan ( EAIC) membuktika­n SPRM komited dalam memerangi gejala rasuah, salah guna kuasa serta salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota agensi- agensi penguatkua­saan, kata Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ( MCPF).

Naib Pengerusi Kanannya Tan Sri Lee Lam Thye berkata melalui kerjasama itu, kedua- dua pihak boleh berkongsi maklumat, kepakaran, teknologi dan hasil kajian masing- mas- ing bagi memastikan usaha memerangi rasuah dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“Semua pihak harus menyokong kerjasama strategik ini kerana ia dapat membantu SPRM merealisas­ikan matlamat untuk membersihk­an perkhidmat­an awam daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh tiga tahun iaitu menjelang 2020.

“Sebenarnya, kerjasama yang dibentuk oleh SPRM dengan pelbagai pihak bagi mencapai sasaran yang ditetapkan itu turut menghantar isyarat jelas kepada masyarakat bahawa ia serius dalam menghapusk­an jenayah rasuah di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Lee berkata banyak pihak termasuk agensi kerajaan pusat dan negeri serta pihak swasta turut menandatan­gani ikrar memerangi rasuah di organisasi mereka melalui kerjasama dengan pihak SPRM.

Katanya ini secara tidak langsung menunjukka­n semakin banyak pihak yang sedar akan kepentinga­n memerangi rasuah demi kesejahter­aan negara dan masyarakat.

Kini terdapat 21 agensi penguatkua­saan persekutua­n disenaraik­an di bawah seliaan EAIC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia