Utusan Borneo (Sarawak)

Bakar lemang sempena Aidilfitri jadi tradisi keluarga Kamariah

-

SEREMBAN: Tradisi gotong-royong mencari buluh, menyedia dan membakar lemang bersama-sama anggota keluarga ketika membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dilihat semakin dilupakan generasi hari ini.

Ramai yang lebih gemar membeli lemang di geraigerai yang banyak beroperasi menjelang Syawal tanpa memikirkan kualiti dan harga serta keenakan makanan ini.

Mungkin kaedah penyediaan lemang seperti proses pencarian buluh, penggunaan kayu semasa proses pembakaran dan tempoh masa yang lama menjadikan ia rumit dan semakin tidak menjadi pilihan, lebih senang digantikan dengan lemang segera.

Tetapi tidak bagi keluarga Kamariah Mohamad, 66, yang setiap tahun akan membakar sehingga lebih 100 batang lemang, dengan bantuan anak sulung serta menantunya Siti Nasurah Osman, 44, dan Mohd Isamuddin Abu Samah, 45, untuk dijadikan juadah hari raya dan dikongsi bersama-sama keluarga dan jiran terdekat.

“Dah terbiasa bakar lemang setiap tahun sejak dari muda lagi, dengan ibu bapa. Tradisi ini saya turunkan kepada anak dan menantu. Kami masak sendiri lebih puas hati, kebersihan pun terjaga. Rasa pun lebih sedap. Alhamdulil­lah anak dan menantu saya meneruskan tradisi ini dan adakalanya siap ambil tempahan dari rakan-rakan,” kata Kamariah kepada Bernama.

Kamariah berkata proses pembuatan lemang sebenarnya tidak susah sekiranya sudah biasa dengan cara menyediaka­n makanan tradisi hari raya itu.

“Alah bisa tegal biasa. Bila buat sendiri kita puas makan. Batang buluh boleh minta tolong anak, menantu lelaki cari dan bersihkan. Basuh beras, campur dengan santan dan garam, lepas itu kita bakar. Memang penat sikit tapi barulah rasa seronok nak sambut lebaran,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Saban tahun menjelang Aidilfitri, deretan gerai lemang yang terletak berhampira­n Zoo Negara di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 ( MRR2) dekat sini pasti menjadi tumpuan, baik warga kota mahupun pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Tinjauan Bernama mendapati tahun ini juga tiada bezanya dengan pengusaha gerai seperti ‘ Pak Ali Lemang Asli’, ‘ Pak Dean Lemang Tradisi’ dan ‘Pak Ya’, tidak menang tangan melayan pelanggan yang boleh memilih lemang berharga RM12 hingga RM20 sebatang.

“Tahun lepas kami kami mengaut keuntungan RM50,000 sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, dan berdasarka­n rekod jualan tahun ini kami yakin akan meningkat,” kata pemilik Pak Ali Lemang Asli, Badriah Najib, 38.

Memperoleh untung kasar sekitar RM1,000 sehari, Badriah berkata permintaan terhadap lemangnya pada tahun ini menunjukka­n peningkata­n ketara dengan hampir 300 batang dijual setiap hari bagi tempoh 10 hari terakhir Ramadan berbanding antara 100 dan 150 batang pada tahun lalu.

Disebabkan permintaan yang tinggi, wanita itu berkata gerainya beroperasi 24 jam sejak dua hari lepas dan akan berterusan sehingga minggu kedua raya.

Ditanya mengenai rahsia keenakan lemangnya, Badriah berkata selain menggunaka­n resipi turun-temurun, lemangnya dimasak menggunaka­n santan dan beras pulut berkualiti.

Seorang pelanggan, Rohani Abd Rashid, 42 berkata ini kali pertama dia membeli lemang di gerai berkenaan selepas mendengar respons positif rakan-rakan.

“Saya cukup teruja nak rasa lemang ini,” katanya yang tinggal di Selayang, dekat sini.

Anak pemilik gerai Pak Dean Lemang Tradisi, Suhaini Saharuddin, 36, pula berkata kebiasaann­ya, dia akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai bermula hari terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua dan mampu menjual 2,000 sehingga 3,000 batang bagi tempoh itu.

Suhaini berkata gerai itu beroperasi sejak 25 tahun lalu pada setiap Ramadan dan Aidilfitri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia