Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pasar tani pra-Syawal beroperasi di Perak

-

KUALA KANGSAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) mengadakan pasar tani pra-Syawal di lapan pasar tani di negeri ini sejak kelmarin.

Exco Pembanguna­n Luar Bandar, Perladanga­n, Pertanian, Penerangan dan Pembanguna­n Modal Insan negeri Datuk Saarani Mohamad berkata ia bertujuan bagi membolehka­n pengguna mendapatka­n bekalan keperluan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata pasar tani yang terlibat adalah di Kampung Simee, Medan Gopong, Silibin dan Pengkalan Pegoh di daerah Kinta, Teluk Intan (Hilir Perak), Tanjung Malim, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Beliau berkata 90 ekor lembu dan 15,000 ekor ayam di jual di lapan pasar tani tersebut.

“Pelaksanaa­n pasar tani pra-Syawal itu akan memberi impak yang besar, dalam mengurangk­an harga barangan komoditi terpilih kepada pengguna.

“Ia juga dapat meningkatk­an pendapatan petani khususnya kepada peserta melalui jualan terus di pasar tani selain memberi nilai penjimatan kepda pengguna,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran pasar tani khas pra-Syawal peringkat negeri di pasar tani Kuala Kangsar di sini semalam.

Saarani berkata pasar tani berkenaan juga menawarkan harga lebih murah seperti ayam dijual dengan harga RM7.30 berbanding harga siling RM7.50.

Menurut beliau, bekalan keperluan untuk Aidilfitri adalah mencukupi dan pengguna tidak perlu panik untuk mendapatka­n barangan keperluan yang segar dan berkualiti.

Katanya, pasar tani praSyawal juga menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus dalam menyokong usaha kerajaan menurunkan harga hasil pertanian dan produk makanan di pasaran ekoran pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan kenaikan harga minyak semasa.

“Harga barangan komoditi di pasar tani juga menawarkan penjimatan antara lima peratus hingga 20 peratus, harga lebih rendah dari harga pasaran,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KACAU DODOL: Saarani bersama yang lain mengacau dodol pada majlis pelancaran Pasar Tani Khas pra-Syawal Peringkat Negeri di Pasar Tani Kuala Kangsar semalam.
— Gambar Bernama KACAU DODOL: Saarani bersama yang lain mengacau dodol pada majlis pelancaran Pasar Tani Khas pra-Syawal Peringkat Negeri di Pasar Tani Kuala Kangsar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia