Utusan Borneo (Sarawak)

GIATMARA bantu serikan lebaran tiga anak yatim

-

PEKAN: Menjadi yatim piatu di saat usia masih terlalu mentah untuk menempuh cabaran hidup bukanlah satu perkara mudah untuk tiga beradik yang tinggal Kampung Sekukuh Darat, dekat sini.

Tambahan pula apabila umat Islam bakal menyambut Aidilfitri esok (hari ini), jelas terbayang keenakan juadah yang disediakan si ibu di pagi raya, walaupun tidak semewah keluarga lain.

Bagi Noor Rozana Che Awang, 22, kehilangan bapa mereka Che Awang Mamat, 44, ketika umat Islam baharu sahaja seminggu berpuasa pada tahun 2013 diikuti si ibu pada Disember 2014, memberi satu tamparan hebat untuk dirinya sebagai anak sulung.

“Ketika itu saya dan adik lelaki Mohd Azahari, 20, masih bersekolah, manakala adik bongsu Mohd Ibrahim hanya berusia enam tahun. Ayah hanya pekerja kontrak dan ibu membantu dengan bekerja ladang Projek Agropolita­n Tanjung Batu, Nenasi Pekan demi menyara kami sekeluarga.

“Selepas ayah dan ibu meninggal, kami bagaikan hilang tempat bergantung, namun saya bersyukur kerana kami masih ada nenek Habsah Sulaiman, 74, yang sudi menumpangk­an kami walaupun hidupnya juga serba kekurangan,” katanya kepada Bernama di sini.

Noor Rozana berkata demi menyara keluarga, beliau bekerja sebagai tukang cuci di Kuliah Al-Lughah Waddin As- Sultan Abu Bakar dekat sini dengan pendapatan RM900 sebulan.

“Adik lelaki pula bekerja di bengkel rakannya dan sekaliseka­la pulang menjenguk saya dan adik dan turut membantu menyara persekolah­an adik yang kini dalam tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas,” katanya.

Dalam pada itu, nasib tiga beradik itu mendapat perhatian pemimpin setempat apabila tampil membantu melalui Program Bantuan Rumah (PBR) oleh GIATMARA Daerah Pekan.

Rumah bernilai RM40,000 dan didirikan dengan kebenaran di atas tanah milik neneknya itu memberi sinar yang cukup bermakna terutama tatkala menjelang hari lebaran hari ini.

Penyerahan rumah berkenaan disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohd Puzi Sh Ali dan turut disaksikan Pengurus GIATMARA Pekan, Wan Mohd Zaki Wan Mohd Razali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia