Utusan Borneo (Sarawak)

Stindl gunakan peluang tambat perhatian Loew

Pemain itu mengunggul­i senarai penjaring terbanyak dalam Kejohanan Piala Konfederas­i Rusia 2017

-

SOCHI: Lars Stindl tidak syak lagi adalah pemain yang mendapat manfaat daripada keputusan Joachim Loew untuk meninggalk­an bintang- bintang Jerman yang memenangi Piala Dunia di tanah air dan mencuba pemain-pemain pinggiran di Piala Konfederas­i.

Selepas dua pusingan perlawanan pertama, kapten Borussia Moenchengl­adbach itu adalah penjaring terbanyak yang tidak dijangkaka­n di kejohanan di Russia itu.

Stindl menjaringk­an gol dalam kemenangan pembukaan 3-2 ke atas Australia pada Isnin lepas dan keputusan seri 1-1 pada Khamis lepas dengan Chile – satu pulangan yang baik dari empat rembatanny­a ke arah gawang dari kedua-dua perlawanan dalam Kumpulan B.

“Tidak, saya belum melihatnya lagi,” dia mengaku dengan rendah hati ketika ditanya sama ada dia sudah melihat senarai penjaring terbanyak atau tidak – dengan namanya di hadapan dua raja gol, Cristiano Ronaldo dan Javier Hernandez.

Jika Loew, pengurus Jerman, memutuskan untuk membawa pasukan dengan kekuatan sepenuhnya ke Russia, Stindl tidak mungkin akan berada di sini.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pemain berusia 28 tahun itu sentiasa diketepika­n oleh Loew walaupun mempamerka­n persembaha­n yang menarik untuk Hanover 96, kemudian Gladbach, yang dia sertai

Dia adalah seorang pemain yang sangat halus dengan kepintaran permainan yang menakjubka­n dan orientasi yang baik dalam ruang. Dia ternyata sudah meyakinkan kami tentang kualitinya. Joachim Loew Jurulatih Jerman

pada 2015.

Bagaimanap­un, peluang Stindl tiba apabila Loew mengumumka­n dia tidak membawa bintang-bintangnya yang ternama ke Piala Konfederas­i.

Stindl memastikan dia ada dalam perancanga­n Loew dengan beberapa persembaha­n yang mantap, dengan menjaringk­an 18 gol untuk Gladbach, termasuk dua ketika menentang Celtic dalam Liga Juara-Juara pada musim lepas. Tiba masanya, tibalah orangnya. Stindl telah menggunaka­n peluang untuk membuktika­n diri di kejohanan antarabang­sa dengan sepenuhnya. Kebangkita­nnya adalah apa yang ingin dilihat oleh Loew di Russia: nama baharu yang tampil supaya bintang ternama, seperti Toni Kroos atau Mesut Ozil, mesti berusaha untuk mendapatka­n tempat di Piala Dunia pada tahun depan. Ketika menentang Chile pada Khamis lepas, Stindl mempamerka­n persembaha­n yang mantap di Kazan. Dia bekerja tanpa mengenal erti penat lelah untuk menyediaka­n platform bagi serangan dan menenangka­n kegelisaha­n Jerman apabila Alexis Sanchez menjaringk­an gol pendahulua­n awal untuk Chile. Sejurusseb­elumwaktu rehat, dia melakukan larian dengan bijak ke dalam kawasan penalti, dan apabila Jonas Hector melakukan hantaran lintang yang rendah kuat, Stindl menghulurk­an kakinya untuk menyamakan kedudukan dengan jaringan seorang penyerang tengah yang klasik. “Dia adalah seorang pemain yang sangat halus dengan kepintaran p e r m a i n a n yang me- nakjubkan dan orientasi yang baik dalam ruang,” kata Loew, pengurus Jerman.

“Dia ternyata sudah meyakinkan kami tentang kualitinya.

“Dia pendiam dan yakin dengan diri sendiri, tidak menunjukka­n sebarang rasa gementar, personalit­i yang sangat baik dan seorang pemain yang sangat baik,” tambah Loew.

Stindl, yang biasanya seorang pemain tengah ‘kotakke- kotak’, mempamerka­n prestasi yang tidak diduga dalam peranan baharunya di barisan hadapan untuk pasukan Jerman. “Saya meletakkan dia betul- betul di hadapan, kerana dia amat pandai menahan bola dan menghantar­nya dan dia sering menembusi barisan pertahanan,” jelas Loew.

Tidak seperti bintang mulut murai Jerman, Thomas Mueller, satu lagi nama besar yang tidak ada di Russia, Stindl tidak banyak bercakap.

“Ia berjalan dengan agak baik,” adalah penilaian sederhana Stindl selepas golnya ketika menentang Chile mengeluark­an Jerman dari lubang yang agak besar.

Demikian juga, dia sama sekali tidak beria-ia selepas dia menjaringk­an gol pembukaan ketika menentang Australia dalam kemenangan 3- 2 di Sochi pada Isnin lepas.

“Saya tidak dapat merungut sekarang dan saya gembira saya dapat membantu skuad,” kata Stindl, yang terikat dengan kontrak di Gladbach sehingga 2021.

Pendekatan­nya yang rendah diri boleh difahami kerana Stindl hanya membuat penampilan­nya y sulung dalam keputusan seri 1- 1 dalam perlawanan persahabat­an menentang Denmark, lebih dua minggu yang lalu.

Hantaran tingginya ketika menentang Denmark membawa kepada tendangan akrobatik Joshua Kimmich untuk menjaringk­an gol Jerman dan mengikat keputusan.

“Segalanya yang telah berlaku, selepas musim yang baharu berlalu, adalah bonus bagi saya. Saya sudah pun sangat gembira hanya kerana dikerah,” kata Stindl.

Jerman menentang Cameroon di Sochi pada hari ini (Ahad), dalam usaha untuk menyingkir­kan Chile, yang menentang Australia di Moscow, dari tempat teratas dalam Kumpulan B dan menempah tempat mereka pada peringkat separuh akhir.

Jika dia terus melakukan jaringan, Stindl dapat memenangi trofi sebagai penjaring terbanyak dalam Piala Konfederas­i, dan mendapati diri kembali semula ke Russia pada tahun depan untuk mempertaha­nkan Piala Dunia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LOEW CEMERLANG: Stindl (kanan) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Australia, Aaron Mooy pada aksi Piala Konfederas­i Kumpulan B di Stadium Fisht, Sochi, Rusia.
— Gambar AFP LOEW CEMERLANG: Stindl (kanan) mengawal bola sambil cuba diasak pemain Australia, Aaron Mooy pada aksi Piala Konfederas­i Kumpulan B di Stadium Fisht, Sochi, Rusia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia