Utusan Borneo (Sarawak)

Southampto­n lantik Pellegrino urus kelab

-

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris Southampto­n melantik jurulatih dari Argentina Mauricio Pellegrino untuk menjadi pengurus baharu mereka kelmarin bagi menggantik­an Claude Puel, yang dipecat selepas hanya satu musim sahaja.

Pellegrino, 45 tahun, yang sebelum ini membimbing Alaves di Sepanyol, menyetujui kontrak selama tiga tahun di St Mary’s dan akan secara rasmi menyertai Southampto­n pada minggu depan, kata kelab itu.

“Saya amat gembira untuk menjadi jurulatih baharu Kelab Bola Sepak Southampto­n. Kelab ini mempunyai reputasi yang hebat dengan struktur yang kukuh dan stabil, bersaing dalam Liga Perdana dan mempamerka­n bola sepak yang menarik,” kata Pellegrino.

Dia menambah: “Saya rasa falsafah saya dan budaya kelab ini akan serasi.

“Kami perlu menjadi satu pasukan di dalam dan di luar padang. Saya mahu membuat penyokong bangga dengan para pemain dan merasa diri sebahagian daripada perlawanan setiap minggu.

‘ Saya mahu memenangi perlawanan, berjaya dan membentuk semangat berpasukan di mana setiap orang memberi 100 peratus dan menyokong satu sama lain.

“Saya teruja dan bersemanga­t mengenai apa yang bakal disajikan oleh masa depan ke- pada kami dan ingin sekali b e r j u m p a dengan para pemain dan memulakan persiapan kami u n t u k musim baharu.” Pellegrino merupakan warga kedua dari Argentina yang mengurus kelab pantai selatan pasukan The Saints, selepas Mauricio Pochettino membimbing Southampto­n sebelum dia berhijrah ke kelab seteru dalam Liga Perdana, T o t t e n - ham Hotspur. Puel, 55 tahun, membawa Southampto­n ke tempat kelapan dalam kedudukan liga dan ke peringkat akhir Piala Liga, di mana mereka ditewaskan oleh Manchester United. Namun ia tidak memadai untuk menghalang warga Perancis itu daripada dipecat di tengahteng­ah rungutan mengenai stail bola sepaknya yang “tidak menarik”. Musim lepas menyaksika­n Pellegrino membimbing Alaves ke peringkat akhir Copa del Rey dalam tunggal tunggalnya selaku pengendali, selepas menjadi pengurus di Valencia, Independie­nte dan Estudiante­s. Bekas pemain antarabang­sa Argentina itu bekerja sebagai anggota kakitangan bilik belakang Rafael Benitez di Liverpool dan Inter Milan. Naib pengerusi Southampto­n Les Reed berkata kelab itu yakin dengan perwatakan Pellegrino dan pendekatan­nya kepada bola sepak.

“Saya amat gembira kerana selepas proses pemilihan yang ketat, kami telah merekrut Mauricio Pellegrino sebagai pengurus pasukan pertama kami yang baharu,” kata Reed.

“Kami ada senarai calon yang mengagumka­n dan menjalani proses temuduga yang menyeluruh. M a u r i c i o meyakinkan kami sepanjang temuduga dengan keupayaan, motivasi dan pengetahua­nnya yang mendalam, dan ini disampaika­n dengan cara yang profesiona­l dan bersemanga­t.

“Dia amat memahami cara Southampto­n, dan aspirasi serta stail permainann­ya sepadan dengan falsafah, budaya dan cita-cita kelab.

“Kami sangat percaya Mauricio adalah orang yang sesuai untuk membantu kami mengambil langkah seterusnya. Dia mengenali pemain kami dan percaya kami mempunyai skuad yang hebat dan, dengan sedikit penambahba­ikan, dapat menikmati kejayaan yang berterusan.

“Mauricio percaya dengan kualiti yang kami miliki, kami dapat mempamerka­n permainan bola sepak serangan yang mengujakan, mencabar pasukan lawan dengan mempamerka­n permainan yang bersungguh-sungguh.” — AFP

 ??  ?? PELLEGRINO
PELLEGRINO
 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia