Utusan Borneo (Sarawak)

Pecutan akhir bertenaga dari Gatlin

Beliau menang tempat pertama acara 100 meter kelayakan kejohanan dunia AS

-

SACRAMENTO: Justin Gatlin mencatatka­n kemenangan dalam acara 100 meter di kelayakan kejohanan dunia Amerika Syarikat (AS) kelmarin, untuk menewaskan bintang yang sedang meningkat naik Christian Coleman dan menyediaka­n prospek bagi pertarunga­n terakhir dengan Usain Bolt.

Gatlin, 35 tahun, memecut pada jarak 20 meter terakhir di Stadium Hornet, Sacramento, untuk menewaskan Coleman dalam kemenangan meyakinkan dengan masa 9.95 saat.

“Ia hanya satu saat perjuangan,” kata Gatlin mengenai kemenangan­nya.

“Ia bukan masa menakjubka­n yang anda pernah lihat saya catatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Namun ia adalah masa yang saya perlu untuk berjuang.

“Saya perlu memastikan saya betul-betul berada bersamanya pada hujungnya dan cuba bertahan dengan pengalaman.”

Coleman, 21 tahun, telah disebut-sebut sebagai pelari AS yang paling berkemungk­inan mencabar Bolt di Kejohanan Dunia pada Ogos setelah mencatatka­n masa terpantas di dunia pada tahun ini, 9.82 saat.

Namun Coleman – yang beberapa jam sebelum itu menan- datangani perjanjian penajaan bernilai tujuh angka bersama Nike – disedarkan mengenai kedudukann­ya oleh veteran Gatlin, yang menamatkan larian dalam masa 9.98 saat. Christophe­r Belcher menduduki tempat kedua dalam masa 10.06 saat.

Ditanya sama ada dia rasa Gatlin masih “memilikiny­a”, Coleman menjawab: “Dia tidak pernah kehilangan­nya!”

“Saya rasa bangga untuk berlari dalam perlumbaan ini dan saya mengalu- alukan banyak lagi perlumbaan selanjutny­a,” kata Coleman.

Sementara itu Gatlin gembira sekali selepas dia mendapat tiket ke London – dan satu lagi pertarunga­n yang berpotensi dengan Bolt.

“Ia rasa hebat,” kata Gatlin, yang mencatatka­n hanya satu sahaja kemenangan ke atas Bolt dalam kariernya.

Dalam acara 100 meter wanita, Tori Bowie mencatatka­n kemenangan yang selesa dalam masa 10.94 saat di hadapan Deajah Stevens dan Ariana Washington. Allyson Felix, juara 400 meter dunia, menamatkan larian di tempat terakhir.

Sementara itu dalam acara lompat kijang lelaki, juara dunia dan Olimpik Christian Taylor – yang hanya perlu muncul sahaja di Sacramento pada minggu ini untuk mengambil kesempatan ke atas tempat ‘wildcard’ – dengan sengaja melakukan kesilapan pada lompatan tunggalnya di pertanding­an itu.

Taylor, yang berpangkal­an di Belanda, mempertaha­nkan keputusann­ya untuk tidak bersaing dengan baik.

Dalam acara lompat tinggi wanita, atlet remaja Vashti Cunningham, juara tertutup dunia dan anak perempuan bekas bintang NFL Randall Cunningham, mencatatka­n lompatan sejauh 1.99 meter dan mendapat tempatnya di London.

Dalam saringan pembukaan bagi acara 100 meter lompat pagar wanita, pemegang rekod dunia Keni Harrison menyerlah dengan masa 12.54 saat, masa terpantas di dunia pada musim ini.

Atlet berusia 24 tahun itu terdesak untuk menebus kekecewaan pahit pada tahun lepas, apabila dia tidak layak ke Olimpik setelah menduduki tempat keenam dalam kejohanan kelayakan di Oregon.

Jumaat merupakan perlumbaan pertama Harrison sejak dia patah tangan di satu kejohanan di Doha pada bulan lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PANTAS: Gatlin memenangi tempat pertama acara 100 meter sempena Kejohanan Kelayakan Dunia AS di Sacremento, California.
— Gambar AFP PANTAS: Gatlin memenangi tempat pertama acara 100 meter sempena Kejohanan Kelayakan Dunia AS di Sacremento, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia