Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak akan anjur dua kejohanan antarabang­sa

-

KUCHING: Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) akan menganjurk­an dua kejohanan boling antarabang­sa antara September hingga November tahun ini.

Naib Presiden ABAS Robert Lu berkata dua acara antarabang­sa itu adalah Kejohanan Boling Antarabang­sa Sarawak dari 6 hingga 9 September dan Kejohanan Tenpin Boling Sekolah-Sekolah Asia Ke-18 dari 11 hingga 17 November.

Kedua- dau pertanding­an akan diadakan di Megalanes Sarawak E-Mart Batu Kawa.

“Kedua-dua acara dianjurkan selari dengan seruan yang dibuat oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menganjurk­an lebih banyak kejohanan antarabang­sa di Sarawak bagi menggalakk­an pelanconga­n sukan.

“ABAS bersedia untuk menganjurk­an dua acara antarabang­sa itu dan jawatankua­sa penganjur sudah menjalanka­n kerja asas dan akan berjumpa dengan kementeria­n selepas Hari Raya Aidilfitri untuk memberi taklimat kepada Menteri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengenai acaraacara berprestij itu,” kata Lu semalam.

Menurutnya, jawatankua­sa penganjur menjangkak­an lebih 500 peserta dari negara di rantau Asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Jepun, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Australia, New Zealand, India, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait selain atlet boling dari seluruh negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutua­n.

Lu berkata banyak negara memberi petunjuk yang positif tentang penyertaan mereka dan sudah bertanya mengenai tempat penginapan dan sebagainya.

“Kita mempunyai kemudahan dan venue terbaik di Asia Tenggara dan sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada pemain boling tempatan untuk bersaing dengan pemain boling berkelas dunia.

“Antarabang­sa Sarawak akan dibahagika­n kepada tiga kategori - Divisyen Terbuka, Divisyen Berklasifi­kasi dan Remaja - di mana pertanding­an berdasarka­n format klasik di mana pemain boling perlu bermain dalam dua blok lapan permainan setiap satu bagi jumlah keseluruha­n 16 permainan,” tambah Lu.

Selepas 16 permainan, pemain boling akan layak untuk cabaran pada pusingan seterusnya dan selepas itu dia akan mara ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Lu berkata hadiah yang sangat menarik menunggu pemenang tetapi ia akan diumumkan kemudian.

Dalam satu lagi perkembang­an, Lu berkata Megalanes Sarawak telah menerima pensijilan kelulusan daripada kedua-dua Persekutua­n Boling Sedunia dan Persekutua­n Boling Asia pada 7 Jun tahun ini.

“Dengan pensijilan ini, pemain dari seluruh dunia kini dapat bertanding di Megalanes Sarawak E-Mart Batu Kawa,” katanya.

 ??  ?? ROBERT
ROBERT
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Lee (empat kiri) bersama yang lain pada sidang media BIYC di Miri, Jumaat lalu.
SIDANG MEDIA: Lee (empat kiri) bersama yang lain pada sidang media BIYC di Miri, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia