Utusan Borneo (Sarawak)

BIYC akan tetap diadakan

-

MIRI: Cabaran Kapal Layar Antarabang­sa Borneo (BIYC) akan tetap diadakan dengan menggunaka­n format pertanding­an yang berbeza tahun ini berikutan penyertaan yang sedikit.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, insiden negatif yang berlaku di perairan Sabah yang menular di media sosial menjadi antara faktor penyertaan berkenaan tidak mendapat sambutan khususnya daripada pelayar di luar Miri.

“Walaupun terdapat jaminan daripada jawatankua­sa penganjur serta agensi-agensi penguatkua­saan Marin bahawa BIYC tersebut dikawal dengan rapi dari Miri ke Kota Kinabalu, namun segelintir pemilik kapal layar masih ragu-ragu dan tidak mahu mengambil risiko.

“Bagaimanap­un, BIYC tetap diteruskan dengan mengguna pakai format pertanding­an berbeza termasuk dengan penganjura­n acara regata yang akan diadakan pada 27 hingga 30 Julai depan di sini.

“Pertanding­an BIYC terbabit akan lebih memberi tumpuan kepada kawasan perairan Miri sahaja,” jelas Lee.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat BIYC 2017 di sini, petang Jumaat lalu.

Hadir sama ialah Pengerusi Bersama BIYC Troy Yaw, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Yusuf serta wakil-wakil agensi yang terlibat.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu, tiga acara berbeza diselitkan secara serentak selama empat hari penganjura­n BIYC berkenaan.

Katanya, pertanding­an BIYC yang diadakan pada 27 Julai akan turut melibatkan pelayar-pelayar muda, diikuti dengan pertanding­an Regata Terbuka KFC-BIYC pada 28 hingga 30 Julai.

“Acara regata terbabit dijangka disertai lebih 100 pelayar dari Sarawak, Sabah, Semenanjun­g Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.

“Manakala satu lagi acara khas iaitu pada 29 Julai pula ialah program KFC- BIYC FUN Regatta yang terbuka kepada orang ramai dan pelancong yang ingin merasai pengalaman belayar di luar pesisir Miri.

“Selain itu, antara aktiviti menarik yang kami akan selitkan pada malam 29 Julai adalah aktiviti unggun api, barbeku dan persembaha­n muzik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai BIYC terbabit, beliau menggesa pihak penganjur mempergiat­kan promosi dan menggalakk­an lagi penyertaan BIYC agar penganjura­n semula BIYC dari Miri ke Sabah dilangsung­kan seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Sebelum ini penganjura­nnya telah ditangguhk­an dan tahun ini pula kita mengadakan dengan format yang berbeza.

“Diharapkan promosi untuk penganjura­n tahun depan terus dijalankan agar BIYC dapat dimeriahka­n semula seperti dahulu serta berjalan lancar pada 2018 kelak,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia