Utusan Borneo (Sarawak)

Deklamasi puisi dalam wahana

- Oleh Tengku Faezah Tengku Yusof

PERNAHKAH kita terfikir puisi moden sebenarnya boleh juga dideklamas­ikan dalam wahana dikir barat selain genre muzik balada?

Mungkin ia kedengaran agak pelik tetapi siapa sangka kombinasi itu mempunyai keistimewa­an tersendiri dalam menyuntik inspirasi baharu terhadap lanskap seni budaya kita.

Inilah yang diperjuang penulis dan penerima anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2000 Profesor Madya Dr Lim Swee Tin dengan kerjasama Akademi Arjunasukm­a, sebuah akademi kesenian yang mempunyai kepakaran khusus dalam tradisi dikir barat.

Dibesarkan dalam suasana harmoni masyarakat Melayu Kelantan, sasterawan kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang fasih berbahasa Melayu ini sudah lama menyimpan hasrat memartabat­kan lagi seni puisi dan warisan dikir barat supaya tidak luput dimamah arus kemodenan.

Keinginann­ya itu mula menjadi kenyataan selepas beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pengasas Akademi Arjunasukm­a, Mohd Sulhie Yusuf, nama yang tidak asing lagi dalam dunia dikir barat.

Penggunaan bait puisi moden sebagai “nadi” kepada lagu dikir barat kali ini bertindak sebagai ‘serampang dua mata’ bertujuan saling memartabat­kan kedua-dua bentuk kesenian berkenaan.

Maka terhasilla­h sebuah album gabungan puisi dan dikir barat yang dinamakan ‘Langkah Berikutnya — Gurindam Nafisah’ memuatkan 10 buah lagu, antaranya lagu ‘Gurindam Nafisah’ oleh Megat Nordin, peserta program realiti tv ‘Kilauan Emas’ 2014, lagu ‘Dikir Kita’ oleh Suhaizi Sina Kencana dan lagu ‘Saeng vs Sahabat’ oleh Afkar Sunan Malaya, kedua-duanya johan dan naib johan peserta program realiti tv, ‘Pentas Dikir 2012” anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ilham untuk menerbitka­n CD lagu dikir barat berasaskan bait puisi moden terhasil selepas buku rujukan terhadap warisan kesenian dikir barat diterbitka­n dan dilancarka­n pada Oktober tahun lepas.

Setebal 100 mukasurat berwarna, Buku Dikir Barat ‘Tak Lerai Diasak Zaman’ hasil karyanya bersama Sulhie dinobatkan sebagai buku Seni dan Kreativiti Terbaik bagi kategori Pengajian Tinggi, anugerah Buku Negara 2017 pada 2 Mei baru-baru ini.

Dikir barat yang menjadi warisan budaya Malaysia belum pernah lagi dibukukan dan diterbitka­n oleh mana-mana pihak, telah dikompilas­ikan menjadi buku akademik dan sejarahnya dihuraikan secara terperinci, menceritak­an perkembang­an dari satu era ke satu era, termasuk pembaharua­n agar ia kekal relevan.

“Kami merasakan bahawa dengan sambutan yang besar kepada buku dikir barat, dibaca dan ditelaah oleh pengkaji samada di universiti mahupun penggiatpe­nggiat kesenian itu sendiri, sudah sampai masanya ia disusuli dengan satu produk lain yang boleh menjadi sokongan kepada buku itu,” katanya kepada Bernama. DIROMBAK CERMAT

Oleh itu, Swee Tin merancang rapi dan berbincang bersama penggiat seni yang lain bagi menghasilk­an satu CD lagu dikir barat yang sejajar dengan isi kandungan Buku Dikir Barat berkenaan.

Pelbagai pandangan dilontarka­n, supaya lagu-lagu yang dihasilkan nanti mampu memberi nilai tambah kepada buku itu, CD yang bukan sekadar nyanyian, bukan sekadar hiburan dan bukan sekadar muzik dikir barat secara sewenang-wenangnya.

Dengan demikian tercapai kata sepakat, dikir barat cuba digabungka­n dengan elemen puisi.

Menggabung­kan elemen puisi moden dalam dikir barat bukanlah sesuatu yang mudah.

“Penulisan puisi sudah tentu berbeza dengan lirik dan lagu dalam dikir barat.

“Dengan yang demikian, kami terpaksa melakukan sedikit rombakan kepada bait puisi yang agak abstrak muatan isinya dengan cara yang lebih mudah difahami, sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” kata Swee Tin.

Beliau turut memberi perumpamaa­n dalam satu daripada lirik lagu dalam CD berkenaan yang berjudul ‘Kabus Pagi’, sebuah puisi moden yang memuatkan elemen kerohanian, keagamaan dan ketuhanan.

“Jadi sukar untuk diadaptasi ke dalam bentuk dikir barat, mungkin lagu nasyid sesuai.

“Kami kemudianny­a telah meminta izin dengan penulis asal iaitu seorang peguam untuk merombak sedikit bait puisi berkenaan tanpa menjejaska­n sedikitpun maksud asalnya,” katanya.

Swee Tin turut menyumbang suara dalam CD berkenaan dengan mendeklama­sikan versi asal puisi berkenaan, manakala lirik yang telah diubahsuai dalam langgam dikir barat telah dilagukan oleh penyanyi yang dipertangg­ungjawabka­n.

Manakala melodi dan alunan bait puisi turut mendapat manfaat dengan penggunaan alatan muzik dikir barat seperti rebana ibu, rebana anak, gong dan canang.

Bermula pada awal Januari lepas, pemilihan lirik dan bait puisi yang sesuai telah dilakukan dengan mengambil kira aspek penerimaan masyarakat.

Pihaknya mula mencipta melodi gubahan sendiri, suatu melodi baharu yang lari daripada norma dan kecenderun­gan semasa (melodi dikir barat kebiasaann­ya mengambil lagu popular dalam masyarakat sama ada di Malaysia mahupun lagulagu Hindi umumnya).

Manakala, penghasila­n liriknya mengambil kira muatan isi yang dirasakan ada kepentinga­n kepada masyarakat umum tetapi tidak sesekali mengenepik­an unsurunsur hiburan.

Seiring zaman, pihaknya turut mengambil kira selera golongan muda dengan menerapkan elemen percintaan, malah dalam lagu utama CD itu sendiri ‘Gurindam Nafisah’, menyelitka­n unsur percintaan seorang nelayan bersama seorang gadis bernama Nafisah.

Setelah melalui proses rakaman kira-kira sebulan setengah, pihaknya percaya bahawa mereka telah melakukan dan mempersemb­ahkan sesuatu yang bertepatan dengan citarasa masyarakat.

Penceritaa­n dalam bentuk lagu mengenai seorang gadis yang bernama Nafisah tidak dapat menerima hakikat bahawa kekasihnya memilih untuk kembali ke kampung halaman dan menjadi nelayan setelah bergelar graduan universiti.

Nafisah agak kecewa dan berjauh hati. MESEJ TERSIRAT “Melalui penceritaa­n sebegini, kita sebenarnya cuba menyampaik­an mesej dan menyokong penuh dasar-dasar kerajaan agar golongan remaja dan lepasan universiti yang minat dengan bidang pertanian dan keusahawan­an, supaya menguruska­n sendiri mata pencarian melalui ilmu yang ditimba di universiti.

“Melalui daya usaha ini, ia dapat mengurangk­an daya kebergantu­ngan mereka kepada peluang pekerjaan sedia ada, agar golongan ini mencipta peluang pekerjaan sendiri dan mengusahak­an sendiri, di samping menjana pendapatan yang luar biasa lumayannya,” katanya lagi.

‘Gurindam Nafisah’ itu sendiri mengandung­i mesej tersirat, menggalakk­an rakyat dan belia menjana ekonomi negara dengan bekerja sendiri.

Para pendikir ini menjadikan dikir barat sebagai hiburan di samping menjana minda juga kesedaran orang ramai.

Dikir barat memang sinonim dan sebati dengan dialek Kelantan sejak dahulu hingga kini.

Kebanyakan lagulagu alunannya mengetenga­hkan loghat Kelantan, dan ada kalanya terdapat beberapa perkataan yang sukar difahami masyarakat umum.

Akan tetapi para pendikir sedar bahawa mereka berdikir bukan untuk khalayak Kelantan sahaja malah peminat dan penggemar dikir barat kini berada di mana-mana.

“Oleh itu, banyak lirik dikir barat di dalam persembaha­n dikir barat itu sendiri samada tok joghonya mahupun tukang karutnya telah banyak yang sudah dilenturka­n dialek Kelantan itu kepada bahasa Malaysia baku.

“Jadi saya fikir isu bahasa tidak timbul sangat, akan tetapi saya sedar ada beberapa ungkapan yang barangkali lebih pekat dan hanya difahami oleh orang Kelantan sahaja,” katanya lagi.

Beliau bagaimanap­un berpendapa­t, kekangan bahasa tidak timbul kerana lambat laun orang ramai akan dapat menangkap maksudnya, kerana secara realitinya dikir barat adalah satu kesenian yang membijaksa­nakan orang ramai.

Pada masa dahulu, dikir barat adalah medium yang sangat baik untuk menyebarlu­askan dasardasar kerajaan, agar maklumat-maklumat dapat diterjemah­kan dengan cara yang mudah, dan disampaika­n supaya senang dihadam orang ramai.

CD ‘Langkah Berikutnya — Gurindam Nafisah’ kini dalam proses pengenalan kepada orang ramai, termasuk di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Pihaknya turut merancang untuk mengadakan beberapa pementasan, dan acara serta majlis bagi mengetenga­hkan lagi dikir puisi itu kepada khalayak yang lebih besar termasukla­h ke luar negara.

“Kami sedang cuba masuk ke Singapura, selatan Thailand, dan kemungkina­n besar jika berpeluang ke Brunei dan beberapa negara lain.

“Kami turut mengharapk­an Gurindam Nafisah ini akan pergi lebih jauh kerana masyarakat yang meminati dikir barat ini ada di seluruh dunia sebenarnya,” katanya sebelum mengakhiri sesi temu bual. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONGAN PADU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) bersalaman dengan awak-awak kumpulan dikir barat ketika hadir merasmikan pelancaran Jelajah Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dataran Bukit Bunga, Jeli April lalu.
— Gambar Bernama SOKONGAN PADU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) bersalaman dengan awak-awak kumpulan dikir barat ketika hadir merasmikan pelancaran Jelajah Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dataran Bukit Bunga, Jeli April lalu.
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Mustapa (tiga kiri) berswafoto dengan Tukang Karut dan Tok Juara kumpulan dikir barat.
— Gambar Bernama TERBAIK: Mustapa (tiga kiri) berswafoto dengan Tukang Karut dan Tok Juara kumpulan dikir barat.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N TOK JUARA
PERSEMBAHA­N TOK JUARA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia