Utusan Borneo (Sarawak)

Charice Pempengco tukar nama

-

BINTANG televisyen dan sensasi muzik Amerika Syarikat (AS) Charice Pempengco dari Filipina telah mengumumka­n identiti transjanti­na baharu, dengan mendedahka­n nama baharunya dalam Twitter: Jake Zyrus.

“Tweet pertama saya sebagai Jake. Sangat terharu. Dah lihat semua komen sayang anda dan saya begitu gembira. Akhirnya. Saya sayang anda, semua orang dan jumpa anda tidak lama lagi,” tulis artis berusia 25 tahun itu pada minggu ini dalam akaun Twitternya yang sudah diubahsuai, dan mempunyai hampir sejuta pengikut.

“Saya tidak akan membiarkan sesiapa merosakkan saat ini. Saya tidak akan membiarkan sesiapa merosakkan kebahagiaa­n saya. Terima kasih bagi semua tulisan indah mengenai saya.”

Artis yang dilahirkan sebagai Charmaine Clarice Pempengco memberi inspirasi kepada jutaan orang Filipina dengan perjalanan­nya dari kemiskinan untuk berkongsi pentas bersama Celine Dion, Andrea Bocelli dan Josh Groban, malah berlagu di gala prapelanti­kan presiden AS untuk Barack Obama.

Album pertamanya yang tajuk namanya sendiri pada 2010 menduduki tempat kelapan dalam carta 200 Album Billboard AS, tahun sama dia membintang­i siri televisyen popular Amerika ‘Glee’, dengan membawa watak pelajar pertukaran Sunshine Corazon.

Pempengco turut tampil sebagai dirinya sendiri dalam filem pada 2009 ‘Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel’.

Pada 2013, Pempengco mendedahka­n diri sebagai seorang lesbian, yang mencetuska­n kontrovers­i di Filipina, di mana kebanyakan orang Filipina adalah Katolik dan homoseksua­liti ditolerans­i tetapi tidak diterima sepenuhnya.

Pada tahun berikutnya, Pempengco membuka pekung di dada dalam program televisyen Oprah Winfrey, dan berkata: “Pada asasnya, jiwa saya adalah lelaki.”

Satu laporan yang dikeluarka­n oleh Human Rights Watch pada Khamis lepas menyebut pelajarles­bian, gay, dwiseksual and transjanti­na (LGBT) di Filipina dibuli dan mengalami diskrimina­si di sekolah kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka.

“Pelajar LGBT di Filipina sering menjadi sasaran ejekan dan malah keganasan,” Ryan Thoreson, felo program hak LGBT di badan pemantau yang berpangkal­an di AS itu menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah guru serta sekolah mengambil bahagian dalam layanan buruk berkenaan.

Majalah Esquire edisi Filipina memohon maaf Rabu lepas bagi satu artikel mengenai pengumuman Zyrus yang mengejek nama yang dipilih oleh penyanyi itu.

“Kami fikir kami menjadi seorang rakan yang bodoh tetapi menyokong dalam cara kami mahu menunjukka­n sokongan kami sambil mengusik Jake sedikit, tetapi kami sama sekali melampau ketika melakukann­ya,” tulis majalah itu dalam laman sesawangny­a.

Zyrus menyuaraka­n penghargaa­nnya dalam Twitter.

“Permohonan maaf diterima, semua sayang bagi anda @EsquirePH,” tulisnya. “Hormat bagi semua orang.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia