Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai telefilem pada Syawal ini di TV3

-

SYAWAL YANG KUINGINKAN Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017 Masa Siaran : 10.00 pagi Produksi : Zeel Production Pelakon : Fauziah Ahmad Daud, Azira Shafinaz, Izreen Azminda, Idris Khan, Fendi Seman, Che Puteh

Sinopsis : Hani ialah seorang tukang jahit yang bekerja di butik pakaian milik Puan Sakinah. Dia sangat komited dengan kerjanya sehingga mengabaika­n nenek, kakaknya, dan anak saudara di kampung. Dalam kesibukan untuk menyiapkan tempahan yang banyak untuk Hari Raya, Hani terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat insiden tersebut, Hani telah hilang ingatan. Keluargany­a gembira menyambut kepulangan Hani. Pada masa yang sama, Hani juga jatuh cinta dengan kekasih lamanya, Qazim. HURU HARA RAYA Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017 Masa Siaran : 2.00 petang Produksi : Arie Zaharie Production Pelakon : Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Kazar Saisi, Fadilah Mansor

Sinopsis : Telefilem ini mengisahka­n gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang. Puan Mona dan Encik Rashid mempunyai bisnes sendiri. Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid menjual baju tradisiona­l atas talian. Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwina­n anak mereka, Faizal.

Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dengan bakal mertua yang garang. Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya keempat. HASSAN Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017 Masa Siaran : 5.00 petang Produksi : Tanah Beris Film Production

Pelakon : Adik Redzwan Adha, Shafiq Kyle, Nonie Nadirah, Man Kadir, Rosnah Mat Aris Sinopsis : Hassan ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama abang tirinya, Fuad. Tiada sesiapa yang menyukai Hassan termasuk Fuad, Jah dan kanak-kanak lain. Mereka sering memberikan layanan buruk kepada Hassan hanya kerana rupanya yang selekeh. Namun, Hassan tidak pernah ambil kisah. Pak Samad, suami kepada Jah sering mempelawa Hasan untuk menjamu makanan sedap yang dimasak oleh Jah. Malahan, Hassan juga berkawan baik dengan anak perempuan mereka, Liya. Suatu hari, Fuada terlibat dalam kemalangan kecil. Hassan telah menjaganya dengan teliti. Sejak itu, Fuad menyedari kebaikan daripada Hassan dan bukannya penampilan fizikalnya yang kurang menarik. TERHENTINY­A DOA Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017 Masa Siaran : 9.00 malam Produksi : JS Pictures Pelakon : Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Ozlynn, Raja Hakim DFKL, Azri Iskandar, Normah Damanhuri, Sheila Rusly

Sinopsis : Kepulangan Wafie dari luar negara telah diberikan kejutan. Wafie tidak pulang ke rumah keluargany­a tetapi dihantar ke kampung. Rupa-rupanya pada hari kepulangan Wafie, neneknya, Nek Wa disahkan mengidap penyakit Chikunguny­a ketika menoreh getah. Nek Wa kini terlantar di rumah. Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wa iaitu Razali and Rozi bertengkar tentang siapa yang menjaga Nek Wa, Ketika berada di kampung, macammacam yang Wafie dengar tentang keluargany­a. Setelah kesihatan Nek Wa kembali pulih, Wafi cuba mengubah keluargany­a supaya selalu pulang menjenguk Nek Wa dan

selesaikan permusuhan. ALI Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017 Masa Siaran : 2.00 petang Produksi : Suhan Movies & Trading Pelakon : Syafie Naswip, Sabri Yunus, Octavia Menrose Sinopsis : Ali seorang lelaki yang jujur telah mengejar Pak Iki hingga ke Kelantan sematamata mahu mengembali­kan botol air yang tertinggal di terminal bas. Ketika tinggal di rumah Pak Iki, Ali mempelajar­i erti sebenar tentang kehidupan. Pak Iki telah mengajar Ali amalan hidup yang baik. Pak Iki rasa kesal kerana dia telah mengabaika­n anak-anaknya ketika mereka masih hidup. Pak Iki mahu menebus kesilapann­ya. Jadi, dia telah meminta Ali tinggal bersamanya hingga ke nafas terakhir. MAK CUN PI LOMBOK! Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017 Masa Siaran : 9.00 malam Produksi : Rumah Karya Citra Pelakon : Erma Fatima, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ajun Perwira, Azizah Mahzan, Isa Khan

Sinopsis : Mak Cun semakin sibuk dengan perniagaan­nya. Suatu hari Atul kemalangan dilanggar lori yang dipandu oleh seorang warga Indonesia bernama Rangga. Kemalangan itu telah merapatkan Atul dengan Rangga. Mak Cun sangat marah dan mengurung Atul di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar berjumpa dengan Rangga. Rangga mengajak Atul kahwin lari ke kampungnya di Lombok. Atul begitu yakin bahawa Mak Cun tidak akan ada pilihan lain selain merestui hubungan mereka kalau mereka sudah bernikah. Mak Cun menjadi semakin kusut dengan kehilangan Atul. Mak Cun nekad hendak pergi mencari Atul di Lombok. PERGILAH CINTA Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017 Masa Siaran : 2.00 petang Produksi : Tanah Beris Film Production

Pelakon : Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq DFKL.

Sinopsis : Reza ingin memberi kejutan buat isterinya, Liyana bersempena dengan ulang tahun perkahwina­n ke-5. Liyana kemurungan sejak ibunya meninggal dunia. Reza cuba sedaya upaya untuk menceriaka­n isterinya. Namun, Reza terkejut apabila Liyana telah meninggalk­annya dan menuntut penceraian. Reza sedar bahawa rakan kolejnya, Fazley telah menikam dari belakang. Reza telah mulakan kehidupan baharu selepas menceraika­n Liyana. Perkahwina­n Liyana dan Fazley tidak bahagia. Liyana ingin kembali kepada Reza. Walaupun masih ada sayang terhadap bekas isterinya, Reza menolak untuk rujuk kembali. SYUKUR SYAWAL Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017 Masa Siaran : 9.00 malam Produksi : Primeworks Studios Pelakon : Farid Kamil, Asyraf Aley, Hana Aqeela, Rosnah Johari, Dato Rahim Razali, Anis Al Idrus

Sinopsis : Selepas 20 tahun hidup miskin di kampung dengan ibu bapanya, Syawal membuat keputusan untuk berhijrah ke KL. Dia telah meninggalk­an Mak Lijah dan Pak Seman kerana mereka tidak dapat memberi kehidupan yang mewah seperti kawan-kawannya.

Setiap kali Hari Raya tiba, Mak Lijah akan memasak hidangan kegemaran Syawal seperti rendang daging dan ketupat palas, tetapi Syawal tidak pernah pulang ke rumah.

Syawal hidup mewah dan mempunyai teman wanita bernama Haida. Satu hari, apabila Haida membawa Syawal untuk berjumpa ibu bapanya, Syawal terkejut kerana Haida bangga dengan ibu bapanya walaupun mereka sudah tua dan miskin.

Syawal insaf dan pulang ke rumah. SURAT PANJANG UNTUK MAK Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017 Masa Siaran : 9.00 malam Produksi : Layar Ceritera Pelakon : Hamidah Wahab, Syafie Naswip, Syed Aiman, Izreen Azminda, Syikin Kamal, Jaja Ilyas DFKL

Sinopsis : Segalanya bermula dengan panggilan telefon yang dibuat oleh Ehsan kepada adik-beradiknya untuk meminta mereka pulang melawat ibu mereka, Raudhah.

Ehsan mendapat idea untuk menulis surat kepada ibunya.

Malah, Ehsan juga mencadangk­an adik-beradiknya untuk melakukan perkara yang sama.

Setiap orang akan menulis sepucuk surat yang panjang untuk mengenang memori terindah bersama-sama dengan ibu tercinta.

Mereka mula menghargai pengorbana­n ibu mereka dan membuat keputusan untuk menghabisk­an setiap hujung minggu bersama-sama dengan Raudhah.

Raudhah menjadi lebih bahagia. Walaupun dia kini terlantar atas katil sebab kesihatan yang tidak mengizinka­n, dia bersyukur dan gembira kerana sering ditemani oleh anak-anaknya.

 ??  ?? ERMA FATIMA
ERMA FATIMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia