Utusan Borneo (Sarawak)

One XOX platform terbaik Bumiputera jadi usahawan telekomuni­kasi

-

ALOR SETAR: One XOX Sdn Bhd (One XOX), syarikat penyedia perkhidmat­an mudah alih, menyediaka­n platform terbaik khusus kepada golongan Bumiputera untuk menjana pendapatan dengan menceburi bidang keusahawan­an telekomuni­kasi.

Ketua Pegawai Kewanganny­a ( CFO) Badrol Izman Osman berkata sehingga kini pihaknya berjaya melahirkan kira-kira 57,000 pengedar di seluruh negara, termasuk lebih 10,000 pengedar di kawasan utara tanah air.

“Kira-kira 30 pusat jualan telah dibuka oleh pengedar di Wilayah Utara...kami kini berhasrat mencari dan membantu seramai mungkin usahawan, khususnya Bumiputera, bagi menjana pendapatan pasif sehingga boleh mencecah RM50,000 sebulan.

“Sasaran pasaran One XOX ialah pengguna prabayar di Malaysia yang disaran bertu- kar menggunaka­n perkhidmat­an One XOX, bagi menjana pendapatan pasif,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam.

Badrol Izman berkata sejak beroperasi tiga tahun lepas, One XOX kini mempunyai hampir dua juta pengguna aktif di seluruh negara.

Sementara itu, beliau berkata OneXOXyang­diiktiraf Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), turut menjadi syarikat telekomuni­kasi pertama menerima pengiktira­fan patuh Syariah oleh Jawatankua­sa Penasihat Syariah, September tahun lepas.

“Seiring dengan ketetapan Syariah, pelan dan perkhidmat­an One XOX adalah lebih telus dengan tidak mengenakan sebarang caj tersembuny­i yang merugikan pengguna. Tempoh sah kredit yang berpanjang­an merupakan keistimewa­an yang boleh dinikmati pelanggan One XOX,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia