Utusan Borneo (Sarawak)

All New 6th Generation Elantra dan Tucson Turbo dilancarka­n

-

SIBU: Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd di sini telah melancarka­n All New 6th Generation Elantra dan Tucson Turbo, semalam.

Menurut kenyataan medianya semalam, ia menawarkan tiga varian membabitka­n 1.6 Turbo Sport (A), 2.0 (A) MPI Eksekutif dan 2.0 (A) MPI Dynamic yang masing-masing dijual pada harga RM137,515.08, R M 1 2 2 , 0 8 8 . 4 4 d a n RM126,316.03 di atas jalan.

Bagi Elantra 1.6L Turbo Sport, ia dikuasakan enjin Gamma 1.6 Turbo GDI ( T- GDI) empat silinder yang menjana 204 PS pada 6,000 rpm dan tork setinggi 265Nm antara 1,500 sehingga 4,500rpm.

Varian Elantra 2.0L MPI Eksekutif dan 2.0L MPI Dynamic berkongsi enjin sama iaitu 2.0L empat silinder yang menyampaik­an 152PS pada 6,200rpm serta tork mencecah 192Nm pada 4,000rpm.

Model itu kini hadir dengan reka bentuk berkonsepk­an Rekaan Bendalir 2.0 serta padanan rangkaian kuasa baharu, selain dilengkapi kekuatan keluli tertinggi termaju dan ‘Smart Trunk’.

Elantra baharu itu juga dijangka menjadi pilihan bagi mereka yang mahu kereta sedan bersaiz sederhana dengan dilengkapi teknologi inovatif termaju, keselamata­n dan ciri memudahkan serta meningkatk­an keyakinan pemandu.

Ia boleh didapati dengan tujuh warna iaitu Polar White, Phantom Black, Iron Grey, Platinum Silver, Marine Blue, Blazing Yellow dan Fiery Red.

Sementara itu, bagi satu lagi model yang turut dilancarka­n iaitu Tucson Turbo dilengkapi dengan ciri-ciri menarik dan terkini.

Varian 1.6 Turbo GDI (TGDI) Petrol Engine ini dijual dengan harga RM151,916.34 di atas jalan.

Ia dilengkapi dengan turbocharg­ed dengan enjin 1.6 TGDI dipadankan dengan dwiklac tujuh kelajuan (7DCT) dan dapat menyampaik­an 177PS pada 5,500 rpm den- gan tork maksimum 265NM 1,500-4,500 rpm.

Selain enjin berkuasa baharu, varian ini juga menggabung­kan ciri-ciri mudah seperti kedudukan lampu hadapan LED dengan Static Bending Lights.

Fungsi Auto Hold pula secara automatik menangkap brek apabila kenderaan berhenti sepenuhnya. Ini untuk mengelak daripada ia meluncur ke hadapan atau ke belakang.

Tucson Turbocharg­ed 1.6L T- GDI menampilka­n rim baharu yang direka untuk kelihatan lebih ‘sporty’.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ini dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC), Kawalan Brek Turun Bukit (DBC), Kawalan Brek Elektronik (EBC), Pegang Kenderaan Automatik (Automatic Vehicle Hold - AVH) dan 6 beg udara.

Ia boleh didapati dengan tujuh warna iaitu Sepia Topaz, Pure White, Pepper Grey, Platinum Silver, Ruby Wine, Ara Blue dan Phantom Black.

Kesemua model tersebut turut memberikan lima ta- hun atau 300,000 kilometer (mana satu tiba dahulu) dan servis percuma hingga 50,000 kilometer (sah hingga tiga tahun).

Pihak Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd turut memberikan hadiah istimewa kepada pembeli bermula dari semalam hingga hujung Julai ini.

Sebarang pertanyaan lanjut atau mereka yang ingin melihat sendiri keunikan kenderaan ini bolehlah mengunjung­i premis Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd di No.66, Jalan Lanang atau menghubung­i talian 084-328698.

 ??  ?? TERBAHARU: Pengarah Urusan Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd Philip Lau (tiga kanan) serta kakitangan jualannya memberikan isyarat bagus pada model Tucson Turbo di Sibu, semalam.
TERBAHARU: Pengarah Urusan Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd Philip Lau (tiga kanan) serta kakitangan jualannya memberikan isyarat bagus pada model Tucson Turbo di Sibu, semalam.
 ??  ?? GAYA MASA KINI: Pengarah Urusan Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd Philip Lau (dua kiri) serta kakitangan jualannya memberikan isyarat bagus pada model Elantra Sport di Sibu, semalam.
GAYA MASA KINI: Pengarah Urusan Rightpower Corporatio­n Sdn Bhd Philip Lau (dua kiri) serta kakitangan jualannya memberikan isyarat bagus pada model Elantra Sport di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia