Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia kekal lengang minggu depan

Dengan masa urus niaga yang singkat jumlah dagangan dijangka tidak memberangs­angkan

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka lengang minggu depan memandangk­an kebanyakan pelabur akan menyambung cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Penyelidik InterPacif­ic Securities Pong Teng Siew memberitah­u Bernama bursa saham dijangkaka­n melalui aktiviti pengambila­n untung dengan pelabur menjual kepentin- gan menjelang minggu dagangan yang pendek.

“Walaupun kami menjangkak­an aktiviti pengambila­n untung akan berterusan pada paras ketahanan 1,770-1785l, pasaran tempatan akhirnya akan meningkat sedikit, namun tidak naik terlalu tinggi susulan jangkaan peningkata­n prestasi bursa serantau.

“Berdasarka­n urus niaga yang pendek minggu depan, jumlah dagangan dijangka tidak memberangs­angkan,” katanya.

D a l a m p a s a r a n tempatan. Pong berkata prestasi pasaran juga bergantung kepada pergerakan ringgit kepada dolar AS serta prestasi harga minyak dunia.

“Aliran harga nenurun minyak mentah semasa bukan sahaja disebabkan jumlah bekalan yang meningkat, malah berpunca daripada permintaan yang kecil terutama oleh China ekoran penutupan kapasiti loji penapis pada suku ketiga.

Bursa Malaysia dan pasaran derivatifn­ya ditutup pada Isnin dan Selasa sempena Hari Raya Aidilfitri.

Berdasarka­n perbanding­an mingguan, FBM KLCI susut 11.88 mata kepada 1,779.43, Indeks FBM Emas turun 103.41 mata kepada 12,648.43, Indeks FBMT 100 turun 03.07 mata kepada 12,289.40 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 148.09 mata kepada 12,831.02.

FBM 70 turun 204.99 mata kepada 14,934.78 manakala FBM Ace susut 62.95 mata kepada 6,279.45.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 64.81 mata kepada 16,843.83, Indeks Perusahaan mencatatka­n 10.32 mata lebih rendah kepada 3,272.55 manakala Indeks Perladanga­n susut 86.73 mata kepada 7,930.24.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 8.37 bilion unit bernilai RM9.82 bilion berbanding 7.99 bilion unit bernilai RM10.25 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada kepada 5.34 bilion saham bernilai RM9.36 bilion berbanding 5.30 bilion saham bernilai RM9.77 bilion yang diurusniag­akan pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 982.14 juta unit, bernilai RM102.79 juta berbanding 887.28 juta unit bernilai RM98.80 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan d i Pasaran ACE meningkat kepada 1.96 bilion saham bernilai RM328.55 berbanding 1.73 bilion saham bernilai RM351.10 yang direkodkan sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia