Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka dalam aliran rendah minggu depan

-

KUALA LUMPUR: Ringgit berkemungk­inan terus mengalami aliran rendah berbanding dolar Amerika minggu depan setelah unjuran kejatuhan harga minyak mentah serta pendirian Rizab Persekutua­n AS yang memihak kepada faedah tinggi, kata seorang peniaga.

Ketua Penyelidik InterPacif­ic Research Sdn Bhd Pong Teng Siew berkata harga minyak mentah dijangka kekal lemah, dipengaruh­i lebihan bekalan yang akan memberi kesan kepada kepada mata wang tenmpatan.

“Selain itu, Rizab Persekutua­n secara terbuka mengumumka­n yang ia berhasrat untuk menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya sekali lagi pada separuh kedua tahun ini.

“Ini akan mempengaru­hi hasil jangka pendek bagi ringgit,” katanya kepada Bernama.

Pong berkata pasaran dijangka kekal lengang minggu depan setelah kebanyakan pedagang tidak memasuki pasaran kerana cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula pada 25 Jun, 2017.

Pasaran Malaysia akan ditutup pada 26 dan 27 Jun ini bagi sambutan perayaan berkenaan.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.2760 dan 4.2860 berbanding dolar AS terutamany­a dipengaruh­i oleh prestasi harga minyak mentah dan pandangan Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n, William Dudley yang memihak kepada kadar faedah yang tinggi.

Bagi asas perbanding­an Jumaat ke Jumaat, ringgit didagangka­n rendah pada 4.2865/2895 berbanding dolar AS daripada 4.2740/2790 pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan, juga didagangka­n rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0912/ 0944 daripada 3.0893/ 0933 minggu lepas dan turun berbanding yen kepada 3.8541/8578 daripada 3.8394/8442.

Ringgit merosot berb a n d i n g p o u n d k e - pada 5.4537/ 4584 daripada 5.4549/ 4617 dan lemah berbanding euro kepada 4.7880/ 7918 daripada 4.7741/7801. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia