Utusan Borneo (Sarawak)

Tanah runtuh, 141 dikhuatiri tertimbus

Bencana di kampung pergununga­n di wilayah barat daya Sichuan ekoran hujan lebat

-

BEIJING: Pasukan penyelamat China memeriksa di celah-celah batu besar semalam untuk mencari lebih 140 orang yang dikhuatiri tertimbus selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung pergununga­n di wilayah barat daya Sichuan.

Sepasang suami isteri dan seorang bayi diselamatk­an dan dibawa ke hospital selepas lebih 40 kediaman di perkampung­an Xinmo ditelan oleh batu-batu besar apabila lereng sebuah gunung runtuh, menurut kerajaan daerah Maoxian.

Sekurang-kurangnya 141 orang dan 46 kediaman tertimbus, kata akhbar People’s Daily, yang memetik seorang jurucakap kerajaan daerah Maoxian. Tanah runtuh menyekat bahagian sungai sepanjang dua kilometer dan jalan sepanjang 1.6 kilometer.

Penyelamat menggunaka­n tali untuk mengalih sebuah batu besar manakala puluhan lagi mencari mangsa yang mungkin terselamat, menurut video yang dipaparkan oleh kerajaan Maoxian dalam akaun media sosial Weibonya.

Jentolak dan jentera penggali berat turut dikerahkan untuk mengalih batu besar, imej menunjukka­n. Ahli medik kelihatan merawat seorang wanita di sebatang jalan.

Wang Yongbo, salah seorang pegawai tempatan yang bertanggun­gjawab ke atas usaha menyelamat, berkata organ penting dalam salah seorang mangsa “adalah lemah”.

“Ia adalah kejadian tanah runtuh terbesar di kawasan ini sejak gempa bumi di Wenchuan,” katanya yang merujuk kepada bencana yang membunuh 87,000 orang pada 2008 di sebuah bandar di Sichuan.

Kapten polis tempatan Chen Tiebo berkata hujan lebat yang melanda wilayah itu sejak beberapa hari lalu telah mencetuska­n kejadian tanah runtuh.

“Terdapat beberapa tan batu besar,” katanya kepada badan penyiaran kerajaan CCTV.

“Ia adalah sebuah kawasan seismik di sini. Tumbuhtumb­uhan tidak banyak,” kata Chen.

Pokok dapat membantu menyerap hujan berlebihan dan mencegah kejadian tanah runtuh.

Kira-kira 500 orang menyertai usaha menyelamat, menurut CCTV.

Satu tindakan kecemasan “kepada bencana geologi kelas pertama” sedang diambil, kenyataan kerajaan tempatan menyebut, dan menambah keseriusan tanah runtuh itu belum lagi jelas.

Satu laporan daripada agensi berita Xinhua menyebut tanah runtuh dari bahagian tinggi sebuah gunung dalam Daerah Autonomi Aba di Qiang dan Tibet.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku ke atas perkampung­an berkenaan sekitar jam 0600 pagi waktu tempatan.

Presiden Xi Jinping meminta pasukan penyelamat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat, menurut CCTV.

Kejadian tanah runtuh merupakan bahaya yang kerap berlaku di bahagian desa dan kawasan pergununga­n China, khususnya pada waktu hujan lebat.

Sekurang- kurangnya 12 orang maut Januari lalu apabila tanah runtuh menimbus sebuah hotel di wilayah tengah Hubei.

Pada Oktober lalu, kejadian tanah runtuh melanda timur China ekoran hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Megi, yang menyebabka­n kerosakan berleluasa dan mengorbank­an lapan orang.

Lebih 70 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di hab komersil selatan Shenzhen pada Disember 2015, yang disebabkan oleh penyimpana­n sampah- sarap yang tidak betul.

Salah satu kejadian tanah runtuh paling berdarah berlaku pada 1991, apabila 216 maut di wilayah barat daya Yunnan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TANAH RUNTUH: Penduduk mencari ahli keluarga yang hilang selepas tanah runtuh melanda Kampung Xinmo, di wilayah barat daya Sichuan, semalam.
— Gambar Reuters TANAH RUNTUH: Penduduk mencari ahli keluarga yang hilang selepas tanah runtuh melanda Kampung Xinmo, di wilayah barat daya Sichuan, semalam.
 ?? — Gambar Reuters ?? OPERASI MENYELAMAT: Anggota pasukan penyelamat melancarka­n operasi mencari lebih 100 penduduk yang dikhuatiri tertimbus selepas tanah runtuh melanda Kampung Xinmo di wilayah barat daya Sichuan semalam.
— Gambar Reuters OPERASI MENYELAMAT: Anggota pasukan penyelamat melancarka­n operasi mencari lebih 100 penduduk yang dikhuatiri tertimbus selepas tanah runtuh melanda Kampung Xinmo di wilayah barat daya Sichuan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia