Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k ELN bebas wartawan Belanda

-

BOGOTA: Pemberonta­k daripada kumpulan Tentera Pembebasan Kebangsaan ( ELN) di Colombia telah membebaska­n dua wartawan Belanda yang diculik beberapa hari lalu di timur laut negara, kata pegawai semalam.

Pejabat Ombusman Colombia, yang mengendali­kan isu-isu hak asasi manusia, menulis dalam Twitter bahawa kumpulan pemberonta­k itu membebaska­n pemberita Derk Johannes Bolt, 62, dan jurukamera­nya Eugenio Ernest Marie Follender, 58, dalam sebuah kawasan desa di negeri Norte de Santander.

Pejabat itu memaparkan satu gambar pengiring yang dikatakan menunjuk pasangan itu, digambar bersama beberapa pemberonta­k, bersama pegawai hak asasi manusia Colombia.

Pengumuman itu dibuat selepas pemberonta­k mengeluark­an satu pengumuman yang ternyata silap awal kelmarin apabila ia menyatakan kedua-dua lelaki, yang diculik pada 19 Jun, sudah dibebaskan.

Menteri Luar Belanda Bert Koenders pada awal semalam mengesahka­n wartawan tersebut sudah dibebaskan.

“Derk Bolt dan Eugenio Follender dibebaskan pada hari ini dalam daerah Catatumbo yang sangat bahaya di utara Colombia,” katanya dan menambah keluarga keduadua lelaki sudah dimaklumka­n dan duta dapat bercakap dengan mereka.

“Mereka agak sihat jika mengambil kira keadaan yang mereka alami,” kata Koenders.

“Kami berhubung secara konsisten dengan pihak berkuasa Colombia yang telah berusaha gigih untuk membebaska­n mereka. Saya amat menghargai sumbangan mereka,” tambah Koenders.

Pegawai bimbang penculikan berprofil tinggi itu akan mengganggu rundingan damai antara ELN dengan kerajaan Colombia.

Wartawan berkenaan bekerja untuk Spoorloos, sebuah program dalam Kro-Ncrv TV yang membantu orang Belanda mengesan saudaramar­a biologi mereka di seluruh dunia.

“Kami gembira dan rasa lega kerana Derk Bolt dan Eugenio Follender bebas. Kami bersyukur kepada semua orang yang telah berusaha untuk membebaska­n Derk dan Eugenio. Kami khususnya berterima kasih kepada kementeria­n luar. Mereka benar- benar melakukan segalanya di The Hague dan di Colombia untuk merealisas­ikan ini,” badan penyiaran berita itu menyebut dalam satu kenyataan.

Seperti keluarga terbabit, kami sangat bimbang mengenai rakan-rakan kami yang dekat di KRO-NCRV. Kami sangat gembira kerana mereka dapat pulang.”

Kerajaan Presiden Colombia Juan Manuel Santos dan ELN membuka rundingan damai pada 7 Februari lalu di Quito, Ecuador, selepas rundingan sulit selama hampir empat tahun.

ELN, dengan1,500pejuang, merupakan kumpulan gerila terakhir yang masih aktif di Colombia.

Kerajaan mahukan “perdamaian sepenuhnya” dengan ELN setelah mencapai perjanjian damai pada tahun lepas dengan kumpulan yang jauh lebih besar – Tentera Revolusi Colombia (FARC).

Konflik sivil di Colombia meletus pada 1964 apabila FARC dan ELN mengangkat senjata untuk menegakkan hak tanah di kawasan luar bandar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS: Gambar Ombudsman Colombia menunjukka­n Bolt (dua kiri) dan Follender (dua kanan) selepas dibebaskan ELN, tiba di Catatumbo, di Norte de Santander semalam.
— Gambar AFP BEBAS: Gambar Ombudsman Colombia menunjukka­n Bolt (dua kiri) dan Follender (dua kanan) selepas dibebaskan ELN, tiba di Catatumbo, di Norte de Santander semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia