Utusan Borneo (Sarawak)

‘Amir’ IS mungkin sudah lari dari Marawi: Tentera

-

MARAWI: Salah seorang pengganas paling dikehendak­i Amerika mungkin sudah lari dari peperangan selama lima minggu dengan puak militan Islam di sebuah kota selatan Filipina, yang bermula dengan satu serbuan untuk menangkapn­ya, kata tentera semalam.

Isnilon Hapilon, seorang veteran militan Filipina yang dikatakan adalah pemimpin kumpulan Negara Islam (IS) di Asia Tenggara, tidak kelihatan dalam zon peperangan di Kota Marawi, kata Leftenan Jeneral Carlito Galvez selaku ketua Pemerintah Mindanao Barat angkatan tentera.

Satu usaha oleh tentera kerajaan untuk menangkap Hapilon di Marawi pada 23 Mei lalu mencetuska­n amukan puak militan Islam yang mengibar bendera hitam IS dan disokong oleh segelintir pejuang asing yang menawan beberapa bahagian di kota majoriti Islam itu.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytih­arkan undang-undang tentera di Marawi dan seluruh wilayah selatan Mindanao, untuk melancarka­n operasi serangan bagi mematahkan apa yang beliau sebut sebagai cubaan oleh kumpulan pelampau itu untuk menubuhkan sebuah wilayah khalifah di kawasan tersebut.

“Dia (Hapilon) tidak kelihatan di kawasan ini. Kami ada beberapa laporan bahawa dia sudah pun dapat meloloskan diri tetapi setakat ini kita masih belum mengesahka­n laporan tersebut,” kata Galvez.

Ditanya sama ada Hapilon sedang melarikan diri atau tidak, beliau berkata: “Ya, ya kerana menurut laporan dia mengalami banyak kematian anggota. Majoriti kumpulan- nya, lebih separuh, sudah terkorban.”

Hapilon didakwa di Washington kerana pembabitan­nya dalam penculikan tiga warga Amerika di Filipina pada 2001, dan mempunyai ganjaran AS$5 juta (RM22.5 juta) di atas kepalanya daripada kerajaan Amerika Syarikat, yang mempunyai namanya dalam senarai pengganas “paling dikehendak­i”.

Dia mengetuai satu puak dalam kumpulan militan Filipina, Abu Sayyaf, yang men- janjikan taat setia kepada IS.

Penganalis­is keselamata­n berkata dia diiktiraf oleh IS sebagai “amir”, atau pemimpin, di Asia Tenggara, rantau di mana kumpulan itu mahu menubuhkan sebuah pemerintah­an khalifah.

Pihak tentera berkata kumpulan Hapilon telah menggemble­ng tenaga dengan satu lagi kumpulan militan bersenjata, Kumpulan Maute, untuk melancarka­n serangan di Marawi, sekarang memasuki bulan kedua.

Semalam pasukan keselamata­n meneruskan serangan udara dan artileri ke atas beberapa kawasan di Marawi yang masih diduduki puak militan, manakala anggota tentera bertempur dari rumah ke rumah di lapangan.

“Operasi masih berjalan, pertempura­n adalah sengit. Kami sudah mencapai kemajuan yang cukup besar,” kata komander tentera Galvez.

Hampir 300 anggota militan dan 67 anggota tentera kerajaan sudah terkorban dalam pertempura­n, menurut perangkaan rasmi.

Galvez berkata terdapat “petunjuk kuat” bahawa dua atau tiga adik-beradik Maute – antara pemain penting dalam serangan itu – sudah terkorban, termasuk Omarkhayam Maute, yang dipercayai pemimpin tertinggi kumpulan. Hanya seorang saudara sahaja, Abdullah, kelihatan dalam pertempura­n.

Jurucakap presiden Ernesto Abella berkata di Manila, pihak tentera sedang “mengesahka­n laporan perisikan” bahawa Mahmud Ahmad dari Malaysia yang membantu mengetuai dan membiayai serangan di Marawi, sudah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada awal peperangan itu. — AFP UBUD: Barack Obama memulakan percutian keluarga selama 10 hari di Indonesia yang meliputi Bali dan Jakarta, bandar raya di mana beliau menghabisk­an sebahagian daripada zaman kanakkanak­nya, kata pegawai semalam.

Bekas presiden yang berpakaian bersahaja itu tiba di pulau peranginan Bali bersama isterinya Michelle dan dua anak perempuan mereka, kata seorang komander tentera tempatan.

“Mereka tiba lewat semalam dan terus pergi ke hotel di Ubud,” kata seorang komander tentera tempatan, I Gede Widiyana, kepada wartawan AFP.

Pada minggu depan, keluarga itu dijadual berlepas ke Yogyakarta, di mana mereka dijangka melawat kuil purba Borobudur. Mereka akan meluangkan masa selama dua hari di sana sebelum mereka terbang ke Jakarta.

Obama menghabisk­an masa selama empat tahun sehingga 1970 ketika masih kanak-kanak di ibu negara Indonesia yang lengang ketika itu setelah ibunya yang janda mengahwini seorang warga Indonesia.

Ramai warga Indonesia merasai jalinan yang kuat dengan Obama kerana pendedahan­nya kepada Indonesia dan budayanya, malah membuat sebuah patung gangsa dirinya setinggi dua meter yang ditempatka­n di sekolah lamanya.

Patung ‘Little Barry’ – Obama dikenali rakanrakan sekolahnya di Indonesia dengan nama itu – menggambar­kan si budak Obama memakai seluar pendek dan kemeja dengan kupu-kupu bertenggek di atas tangannya.

Kementeria­n Luar Indonesia berkata lawatan Obama untuk bercuti di Indonesia dibuat setelah menerima beberapa jemputan daripada Presiden Joko Widodo. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SUSPEK: Gambar video serahan Tentera Filipina dirakam secara rahsia pada 7 Jun menunjukka­n lelaki yang dikenal pasti sebagai Hapilon (dua kiri) dan Abdullah (dua kanan).
— Gambar Reuters SUSPEK: Gambar video serahan Tentera Filipina dirakam secara rahsia pada 7 Jun menunjukka­n lelaki yang dikenal pasti sebagai Hapilon (dua kiri) dan Abdullah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia