Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA DITAHAN KERANA DISYAKI MENGEDAR DADAH

-

KUCHING: Seorang penganggur bersama isteri serta seorang rakannya yang juga penganggur ditahan polis awal pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lalu.

Ketiga-tiga suspek yang tinggal serumah di Bandar Baharu Batu Kawa diberkas sekitar jam 12.10 pagi dan hasil pemeriksaa­n menemui satu beg kertas berwarna merah bertulis HUAWEI berisi 441 gram syabu dan 30 biji atau 8.2 gram Erimin 5 bernilai RM88,200 yang disimpan di bawah kabinet kayu di dalam stor rumah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata semasa serbuan, semua suspek berbangsa Cina itu sedang berada di dalam rumah di mana pasangan suami isteri berusia 40 dan 23 tahun ditahan di ruang tamu manakala rakan mereka yang berusia 23 tahun ditahan di dalam bilik mandi.

“Kedua-dua suspek lelaki adalah penganggur dan setelah disoal siasat, suspek utama yang berkahwin mengaku dadah tersebut dibekalkan kepadanya oleh seorang lelaki dengan segala transaksi melalui telefon.

“Mereka telah berhubung selama tiga bulan dan telah dua kali mendapatka­n bekalan dadah syabu daripadany­a, setiap kali sebanyak setengah kilogram.

“Manakala isterinya diberi upah RM10 bagi setiap gram dadah yang dijual sementara rakannya membantu dalam pengedaran hariannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain dadah syabu yang diikat dalam peket plastik lutsinar dengan gelang getah serta strip berwarna merah dan perak yang mengandung­i Erimin 5, turut dirampas daripada suspek ialah alat penimbang digital.

Ujian air kencing yang dijalankan turut mendapati kedua-dua saspek lelaki positif dadah jenis syabu manakala suri rumah berkenaan negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? TERBONGKAR: Tiga suspek yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah.
TERBONGKAR: Tiga suspek yang ditahan kerana disyaki mengedar dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia