Utusan Borneo (Sarawak)

DUA REMAJA DITANGKAP CURI KABEL

-

SIBU: Dua remaja lelaki ditangkap polis selepas mereka didapati mencuri kabel di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah mengesahka­n penangkapa­n itu jam 11.45 pagi dan mereka ditangkap pasukan polis peronda di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini.

Beliau memberitah­u, kedua-dua suspek berusia 16 dan 19 tahun itu ditahan tiga hari untuk siasatan lanjut.

Saiful berkata polis bimbang dengan kecurian kabel yang berleluasa ketika ini dan akan terus memantau jenayah tersebut.

 ??  ?? TAHAN: Kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.
TAHAN: Kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia