Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS SARAWAK WASPADA, PANTAU KEHADIRAN DAESH

-

KUCHING: Belum ada maklumat tentang kehadiran anggota Daesh di Sarawak, kata Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Namun demikian, katanya polis akan sentiasa berwaspada serta melakukan pemantauan rapi bagi mengesan kehadiran anggota kumpulan pengganas berkenaan.

“Anggota polis beruniform dan berpakaian preman sentiasa berada di sekeliling masyarakat untuk melakukan pemantauan.

“Pasukan keselamata­n juga akan meningkatk­an tahap kawalan keselamata­n terutama di sempadan dan kawasan tumpuan ramai,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di sini, kelmarin.

Mazlan menambah, berdasarka­n risikan polis setakat ini, belum ada maklumat tentang kehadiran anggota kumpulan Daesh di negeri ini.

Pada masa sama, beliau berkata belum ada maklumat yang menunjukka­n adanya rakyat Sarawak yang terlibat dengan kumpulan pengganas itu.

“Setakat ini, kita masih dalam situasi selamat dan polis akan terus memantau keadaan,” katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddi­n Tun Hussein barubaru ini mengarahka­n ESSCom serta agensi keselamata­n lain memperketa­tkan kawalan keselamata­n susulan serangan militan dipercayai mempunyai kaitan dengan Daesh di Marawi, Filipina sehingga mengorbank­an 45 tentera Filipina dan dianggarka­n 41 militan terbunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia