Utusan Borneo (Sarawak)

Myanmar, Thailand, Kemboja bakar narkotik RM4.5 bilion

Pamer kejayaan polis banteras dadah sempena Hari Anti Dadah Sedunia

-

YANGON: Myanmar, Thailand dan Kemboja membakar narkotik yang dirampas bernilai hampir AS$1 bilion (RM4.5 bilion) semalam untuk mempamerka­n kekuatan dalam usaha polis mengekang pengedaran dadah yang semakin meningkat di rantau ini.

Pembakaran itu, sempena Hari Anti Dadah Sedunia anjuran Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu, menyusuli satu lagi tahun rampasan narkotik terbanyak dari kawasan sempadan terpencil di Myanmar, Laos, selatan China dan utara Thailand.

Myanmar khususnya masih salah sebuah negara pengeluar dadah yang utama di dunia, satu legasi gelap daripada perang saudara selama berdekad-dekad di wilayah sempadan di mana anggota tentera dan tentera pemberonta­k etnik telah berebut kuasa ke atas perniagaan yang lumayan itu.

Geng bersenjata menghasilk­an jumlah besar candu, heroin dan kanabis serta jutaan pil metamfetam­ina yang dibubuh dengan kafein dan dikenali sebagai “yaba” yang kemudian diseludup keluar ke seluruh Asia Tenggara.

Narkotik bernilai kira-kira AS$385 juta (RM1.73 bilion) dibakar dalam tiga acara rasmi di seluruh Myanmar semalam, menurut seorang pegawai kanan polis di ibu negara Naypyidaw.

Di unggun api terbesar di Yangon, awan asap yang tebal memenuhi langit apabila pihak berkuasa membakar timbunan candu, heroin, kokain dan pil metamfetam­ina bernilai hampir AS$230 juta (RM1.04 bilion).

“Kami membakar sejumlah dadah yang merupakan rekod pada hari ini, kerana polis sudah melakukan lebih banyak rampasan sejak beberapa tahun yang lalu,” kata pegawai penguatkua­saan undang- undang Myo Kyi kepada AFP.

Di sebuah estet perindustr­ian di pinggir Bangkok, pihak berkuasa Thai mem- bakar dadah bernilai kira-kira AS$589 juta (RM2.65 bilion) termasuk 7,800 kilogram pil yaba dan 1,185 kilogram metamfetam­ina kristal yang lebih berbisa.

Di Kemboja, pegawai membakar 130 kilogram dadah yang dianggarka­n bernilai kira-kira AS$4 juta (RM18 juta).

Rampasan besar itu sering disebut-sebut sebagai bukti bahawa negara- negara ini sedang mencapai kemajuan dalam usaha membantera­s perniagaan dadah yang besar di rantau ini.

Namun ejen penguatkua­saan undang-undang berkata ia hanya segelintir sahaja kerana pengeluar telah meningkatk­an pengeluara­n untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang di seluruh Asia Tenggara dan makin kerap di Bangladesh dan India.

Tidak seperti rakan mereka di Amerika Latin, ketua kartel dalam Segi Tiga Emas jarang sekali ditangkap atau dibunuh.

Pegawai kanan di Naypyidaw berkata hampir kesemua dadah yang dibakar di acara rasmi di Myanmar datang dari negeri timur Shan dalam kawasan yang dikuasai kumpulan bersenjata etnik.

Raja-raja di sana adalah Tentera Negeri Wa Bersatu, sebuah militia yang mempunyai 25,000 anggota dan dikenali sebagai pengedar dadah bersenjata paling berat di Asia yang memiliki wilayah autonomi sendiri di sempadan dengan China dan mempunyai hubungan erat dengan Beijing.

Walaupun mempunyai reputasi, kaum Wa menafikan mengeluark­an dadah dan malah mengadakan sesi pembakaran mereka sendiri semalam di perkampung­an Ponpakyin.

Myanmar turut menghadapi masalah untuk membendung peningkata­n ketagihan dadah di dalam negaranya.

Pakar berkata penggunaan yaba telah meletup selepas geng-geng bersenjata etnik beralih daripada mengekspor­t semua pil tersebut ke luar negara kepada menyasari pengguna domestik yang semakin meningkat.

Sami Buddha dan pegawai tentera adalah antara 13,500 orang yang didakwa bagi jenayah dadah pada 2016, meningkat sebanyak 50 peratus berbanding pada tahun sebelum itu, menurut data yang dilihat oleh AFP. “Pengeluara­n dadah sudah meningkat setiap tahun sejak 2006,” kata ketua polis Yangon, Win Naing, kepada orang ramai yang berkumpul untuk acara semalam di pinggir bandar raya.

Dalam usaha memerangi gejala yang semakin buruk itu, kerajaan awam baharu di Myanmar mahu meminda undang- undang antidadah ketat yang dilaksanak­an oleh kerajaan tentera lama.

Undang-undang sekarang menyebut sesiapa yang didapati mempunyai jumlah dadah yang sedikit dapat dipenjara selama bertahun-tahun.

Sementara itu Thailand mempunyai populasi penjara keenam terbesar di dunia dan kadar pemenjaraa­n ke- 10 tertinggi di dunia, umumnya kerana undang-undang antidadah yang ketat. —

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BAKAR: Seorang pegawai polis bercakap menggunaka­n telefon bimbit di hadapan narkotik yang dibakar pada acara menandakan sambutan Hari Anti Dadah Sedunia di pinggir bandar raya Yangon, Myanmar semalam.
— Gambar Reuters BAKAR: Seorang pegawai polis bercakap menggunaka­n telefon bimbit di hadapan narkotik yang dibakar pada acara menandakan sambutan Hari Anti Dadah Sedunia di pinggir bandar raya Yangon, Myanmar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia