Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas sesat dalam hutan ditemui

Among ditemui lemah setelah tersesat hampir 24 jam di hutan Rumah Albert Anggang

- Oleh Saleman Senin

DEBAK: Seorang warga emas ditemui dalam keadaan lemah setelah tersesat hampir 24 jam dalam kejadian di kawasan hutan Rumah Albert Anggang, Sengalang dekat sini kelmarin.

Mangsa, Among Manggau, 68, dikhuatiri hilang setelah keluar ke hutan seorang diri untuk aktiviti berburu binatang dan tidak balik menyebabka­n keluargany­a risau.

Penduduk kampung dimaklumka­n tentang kehilangan­nya cuba mencari namun menemui kegagalan.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), PDRM dan penduduk kampung setelah

Mangsa keluar berburu sejak 24 Jun (Sabtu) dan tidak balik semalaman sehingga keluargany­a membuat laporan tentang kehilangan­nya. Jurucakap BBP Betong

laporan dibuat, berjaya menemui mangsa hampir tiga jam selepas operasi dijalankan.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, mereka menerima panggilan daripada Balai Polis Debak menyatakan kehilangan warga emas terbabit.

“Mangsa keluar berburu sejak 24 Jun (Sabtu) dan tidak balik semalaman sehingga keluargany­a membuat laporan tentang kehilangan­nya.

“Pencarian dijalankan di kawasan ladang sawit 10 kilometer hingga ke Kampung Buda dan Kampung Dit.

“Operasi diteruskan bersama pasukan SAR dibahagika­n kepada tiga sektor,” katanya.

Apapun lebih kurang jam 1.30 petang mangsa dijumpai di kawasan Pulau Laut dalam keadaan selamat dan keletihan.

Rawatan awal diberi kepada mangsa oleh Unit EMRS sebelum dihantar ke Klinik Debak untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? SESAT: Among (duduk, tengah) ditemui keletihan setelah hampir 24 jam hilang di hutan.
SESAT: Among (duduk, tengah) ditemui keletihan setelah hampir 24 jam hilang di hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia