Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan rakyat kunjungi rumah terbuka TYT dan isteri

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ribuan rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang mengunjung­i Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada hari pertama dan kedua Aidilfitri.

Kedatangan para pengunjung disambut mesra oleh Tun Taib serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib di Astana Negeri di sini seawal jam 10.30 pagi.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang antara yang terawal berkunjung ke Astana pada hari pertama Aidilfitri.

Turut berkunjung ke rumah terbuka Tun Taib dan Toh Puan Ragad pada hari pertama Aidilfitri ialah para Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri masing-masing.

Tun Taib dan Toh Puan Ragad turut menerima kunjungan daripada menterimen­teri kabinet negeri, wakil rakyat, ahli korporat serta pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, rakyat serta tetamu yang hadir pada rumah terbuka berkenaan berpeluang bersalaman dan beramah mesra dengan Tun Taib dan Toh Puan Ragad.

Sate dan ketupat merupakan antara hidangan wajib yang disajikan kepada para pengunjung di Astana Negeri selain kek lapis Sarawak, rendang daging dan ayam serta nasi beriani dan mi goreng.

Rumah terbuka Tun Taib dan Toh Puan Ragad dibuka bermula jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari pertama Aidilfitri dan dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari kedua semalam.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersalaman dengan para tetamu yang mengunjung­i rumah terbuka mereka pada hari pertama Aidilfitri di Astana Negeri. KUNJUNGAN AIDILFITRI: Ribuan rakyat mengunjung­i rumah terbuka hari pertama dan kedua...
SELAMAT DATANG: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersalaman dengan para tetamu yang mengunjung­i rumah terbuka mereka pada hari pertama Aidilfitri di Astana Negeri. KUNJUNGAN AIDILFITRI: Ribuan rakyat mengunjung­i rumah terbuka hari pertama dan kedua...
 ??  ?? POTONG KEK: Tun Taib dan Toh Puan Ragad memotong kek pada hari kedua Aidilfitri di Astana Negeri. Turut kelihatan Rubiah Wang (kanan), Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Sulaiman Taib (dua kiri) serta tetamu lain. (Gambar kiri)
POTONG KEK: Tun Taib dan Toh Puan Ragad memotong kek pada hari kedua Aidilfitri di Astana Negeri. Turut kelihatan Rubiah Wang (kanan), Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Sulaiman Taib (dua kiri) serta tetamu lain. (Gambar kiri)
 ??  ?? UNIK: Tun Taib dan Toh Puan Ragad dihiburkan dengan persembaha­n tarian daripada Orang Ulu ketika kunjungan hari pertama Aidilfitri di Astana Negeri.
UNIK: Tun Taib dan Toh Puan Ragad dihiburkan dengan persembaha­n tarian daripada Orang Ulu ketika kunjungan hari pertama Aidilfitri di Astana Negeri.
 ??  ?? BERSEMBANG: Tun Taib berbual dengan Abang Johari (dua kanan), Uggah dan Masing ketika kunjungan pada hari pertama Aidilfitri di Astana Negeri.
BERSEMBANG: Tun Taib berbual dengan Abang Johari (dua kanan), Uggah dan Masing ketika kunjungan pada hari pertama Aidilfitri di Astana Negeri.
 ??  ?? MEMORI AIDILFITRI: Tun Taib dan Toh Puan Ragad merakam kenangan bersama Awang Tengah (lima kiri), Datuk Dr Sim Kui Hian (empat kiri) serta tetamu lain.
MEMORI AIDILFITRI: Tun Taib dan Toh Puan Ragad merakam kenangan bersama Awang Tengah (lima kiri), Datuk Dr Sim Kui Hian (empat kiri) serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia