Utusan Borneo (Sarawak)

Populariti kenderaan elektrik semakin meningkat

Tidak mustahil kenderaan diesel atau petrol tidak akan digunakan dalam tempoh 10 tahun akan datang

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kenderaan pada masa depan semakin beralih kepada kenderaan elektrik (EV) kerana dunia kini semakin menjurus ke arah kenderaan hijau yang lebih mesra alam.

Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia ( PEKEMA) Sarawak Datuk Seri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki berkata, populariti kenderaan itu semakin meningkat dan ia tidak mustahil kenderaan diesel atau petrol tidak akan digunakan lagi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Semakin ramai orang akan memilih EV kerana ia menggunaka­n tenaga elektrik dan pembeli tidak perlu lagi bimbang mengenai harga minyak yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di sini, Ahad lalu yang

Semakin ramai orang akan memilih EV kerana ia menggunaka­n tenaga elektrik dan pembeli tidak perlu lagi bimbang mengenai harga minyak yang tidak menentu. Datuk Seri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki Presiden PEKEMA Sarawak

dihadiri kira-kira ratusan masyarakat setempat.

Setakat ini, dalam PEKEMA hanya satu atau dua syarikat sahaja di Semenanjun­g Malaysia yang mengimport EV tetapi Sarawak akan menyusul tidak lama lagi, dedahnya.

Mengenai kerjasama Geely-Proton, Abang Khalid enggan mengulas lanjut kerana ia adalah keputusan kerajaan, namun beliau tahu Geely adalah satu jenama yang bagus.

Tambahnya, orang ramai lebih menggemari kenderaan Jepun dan sebelum itu menggemari kenderaan British.

Ia juga seperti satu trend dan tidak mustahil kenderaan China juga akan menjadi popular dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai Permit Import ( AP), beliau berkata ia masih dikekalkan tetapi jumlahnya dikawal oleh kerajaan.

“Apabila terdapat banyak AP, ia menjadi kompetitif, tepu dan terlalu banyak pemain industri, justeru harga akan menjadi terlalu murah.

“Jika jumlah AP dikawal, harga juga akan kekal,” jelasnya. Di Sarawak, terdapat 6,000 AP daripada jumlah 30,000 keseluruha­n di Malaysia manakala dari sudut keahlian PEKEMA mempunyai 30 ahli.

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Tiong (duduk, tiga kanan) mengetuai rombongann­ya berkunjung ke kediaman Halimah (duduk, dua kiri) di Sibu Jaya kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Tiong (duduk, tiga kanan) mengetuai rombongann­ya berkunjung ke kediaman Halimah (duduk, dua kiri) di Sibu Jaya kelmarin.
 ??  ?? SELAMAT HARI RAYA: Abang Khalid (lima kanan) serta isteri Datin Seri Lily Johari (lima kiri) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri mereka di Kuching, Ahad lalu.
SELAMAT HARI RAYA: Abang Khalid (lima kanan) serta isteri Datin Seri Lily Johari (lima kiri) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri mereka di Kuching, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia