Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan berkunjung ke rumah terbuka landasan menyatukan masyarakat

-

MIRI: Amalan berkunjung ke rumah terbuka pada musim perayaan dapat menjadi landasan menyatukan masyarakat berbilang kaum, kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata, pada masa sama ia mampu menjadi penanda aras kepada perpaduan kaum di negara ini selaras dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya gembira kerana amalan ini turut disambut baik oleh generasi muda yang tidak melepaskan peluang berkunjung sekali gus memeriahka­n sambutan.

“Justeru, saya berharap amalan baik ini dikekalkan pada masa depan sejajar dengan usaha kita mengekalka­n keharmonia­n masyarakat,” katanya ketika mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri di kediaman Ketua Kampung Pulau Melayu Drahman Sahat di sini se- malam.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Kaunselor Aries Leong, Penghulu Samad Alip dan ahli parti.

Sebastian berkata, saban tahun semangat perpaduan ditampilka­n apabila masyarakat bukan beragama Islam turut sama memeriahka­n sambutan hari raya.

“Saya gembira kerana se- mua kaum di sini dapat meraikan apa sahaja perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina atau Krismas dalam suasana penuh semangat perpaduan,” katanya.

Sementara itu, pada sebelah petang Sebastian dan rombongan mengadakan kunjungan ke rumah terbuka Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan beberapa kediaman ketua kaum dan masyarakat sekitar Miri.

 ??  ?? ERAT SILATURAHI­M: (Dari lima kiri) Adam, Sebastian dan Drahman bersama ketika kunjungan rumah terbuka di Miri semalam.
ERAT SILATURAHI­M: (Dari lima kiri) Adam, Sebastian dan Drahman bersama ketika kunjungan rumah terbuka di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia