Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO dekati pengundi luar untuk tawan kembali Kelantan

-

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang hanya akan mengemukak­an calon yang disukai rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti bagi memastikan peluang kemenangan yang lebih tinggi, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, bakal-bakal calon terbabit sedang dikenal pasti dan mereka yang berpotensi pula dipantau dari semasa ke semasa.

“Kita kena pilih calon yang orang suka. Kita tidak boleh ketengah calon yang pengerusi atau pucuk pimpinan suka... kalau ambil calon yang kita suka, tapi orang ramai tak suka, itu berat kepada parti (untuk menang),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mengenai permohonan beberapa parti komponen agar mereka diberikan kawasan tertentu untuk ditandingi pada PRU14, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya hanya boleh memberi pandangan, tetapi tiada masalah kerana hal itu sudah pasti dapat diputuskan atas semangat setia kawan yang ada dalam BN,” katanya. — Bernama KOTA BHARU: UMNO Kelantan akan berusaha menarik sokongan generasi muda dan pengundi yang bekerja di luar negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang dalam usaha menawan kembali Kelantan selepas 27 tahun di bawah pentadbira­n kerajaan PAS.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata ketika ini terdapat perubahan terhadap sokongan kumpulan itu terhadap UMNO terutama dalam kalangan orang muda dari Kelantan yang menetap di luar negeri itu serta golongan mahasiswa.

“Sudah ramai yang sedar dan mahukan perubahan di negeri ini. Mereka faham mengenai pembanguna­n di Kelantan kerana mereka terdiri daripada kalangan cerdik pandai juga.

“Setakat in, sokongan kuat daripada golongan ini memberi kekuatan kepada UMNO,” katanya kepada pemberita pada majlis Mesra Aidilfitri Orghe Parlime Terre (Orang Parlimen Ketereh) di kediamanny­a di Bukit Marak, di sini, semalam.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata beliau yakin pengundi luar daripada golongan orang muda mampu membawa perubahan pada PRU14 ini.

“Golongan muda sudah memberi banyak peluang kepada PAS dan sekarang mereka tidak menolak kebaikan yang dilakukan oleh UMNO,” katanya.

Mengulas mengenai ‘perang bendera’ yang berlaku terutama ketika perantau pulang menyambut lebaran di Kelantan ketika ini, Annuar berkata ia tidak membawa sebarang makna kerana tiada sebarang bantuan dihulurkan kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata UMNO mengambil langkah untuk tidak terlibat dalam ‘perang’ bendera itu dan di sebaliknya memilih untuk membantu rakyat secara senyap-senyap tanpa sebarang publisiti.

“Kita tidak melihat perbuatan memacak bendera itu sebagai gerakan (membantu rakyat). Gerakan UMNO sepanjang Ramadan amat banyak malah sudah berpuluh ribu rakyat dibantu.

“Di kawasan Parlimen saya sendiri iaitu Ketereh lebih 20,000 rakyat dibantu secara senyap-senyap tanpa publisiti. Kalau kita sibuk mahu memacak bendera sudah tentu kita akan terlupa agenda sebenar mahu membantu mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia